Berita Harian

Dua pelajar mahu uji kedalaman air lemas

Rakan tak sangka kedua-dua mangsa pergi ke tengah kolam

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan dan Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Kuantan: Tindakan sekumpulan enam pelajar Kolej Matrikulas­i Pahang yang sedang bercuti untuk menguji kedalaman Air Terjun Berkelah, di sini, mengundang padah apabila dua daripada mereka lemas, semalam.

Kejadian jam 10.15 pagi itu mengorbank­an Syafwan Sukri dan Muhammad Dzulhaziqi Mohd Azmi, kedua-duanya berusia 19 tahun. Mereka adalah semester tiga jurusan sains komputer.

Muhammad Dzulhaziqi berasal dari Kota Bharu, Kelantan, manakala Syafwan dari FELDA Kampung Sertik, Karak.

Rakan mangsa, Jad Jafni Jawahir, 19, berkata cadangan asal mereka untuk mandi di tepi kolam tetapi tidak menyangka apabila kedua-dua rakannya itu bergerak ke tengah kolam.

“Kami jalan berpeganga­n tangan ke tengah kolam sebelum mereka berdua terpisah. Saya sempat terdengar Zul (Muhammad Dzulhaziqi) sebut ‘dalam’ sebelum dia terkapai-kapai.

“Syafwan memang tak pandai berenang dan dia cuba selamatkan Zul, tetapi, kedua-duanya lemas. Saya sempat nampak bayang mereka di dalam air sebelum hilang,” katanya yang ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, semalam.

Jad Jafni berkata, mereka berlima kerap keluar bersama pada hujung minggu, namun ini pertama kali mengunjung­i air terjun itu memandangk­an sebelum ini bersiar-siar di bandar ini sahaja.

“Kebetulan hari ini (semalam) outing. Kami merancang sejak kelmarin untuk datang ke sini. Memang tak pernah datang berkelah. Kami mahu melihat sebab pemandanga­n di sini cantik.

“Kami tiba kira-kira jam 10 pagi dengan menaiki kereta milik keluarga rakan yang tinggal di Kuantan. Saya tak menyangka ini boleh berlaku kerana Muhammad Dzulhaziqi mahir berenang,” katanya.

Terdahulu, usaha mereka menyelamat mangsa dengan bantuan orang ramai tetapi gagal sebelum 15 anggota bomba bersama Pasukan Penyelamat Di Air tiba jam 12.15 tengah hari.

Mayat mangsa yang ditemui jam 12.36 tengah hari dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Kami jalan berpeganga­n tangan ke tengah kolam sebelum mereka berdua terpisah. Saya sempat terdengar Zul (Muhammad Dzulhaziqi) sebut ‘dalam’ sebelum dia terkapai-kapai.

Di Sepang, mayat dua beradik yang lemas selepas dihanyutka­n arus ketika mandi di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang kelmarin, ditemui semalam.

Mayat Muhammad Hafiz Mohd Zainal, 14, ditemui jam 12.40 tengah malam oleh nelayan pada anggaran jarak 150 meter dari tempat kejadian.

Kira-kira 12 jam kemudian, mayat adik Allahyarha­m, Siti Nuralya, 11, ditemui jam 1.40 tengah hari, di celah ranting bakau oleh nelayan kira-kira 300 meter dari tempat tragedi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, berkata dua beradik itu dibawa naik oleh anggota bomba serta diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.

“Dengan penemuan mayat itu, pusat gerakan dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditutup dan ditamatkan pada jam pada 2.20 petang (semalam),” katanya kepada pemberita.

Operasi turut membabitka­n 63 anggota terdiri daripada polis, bomba, Unit Pengurusan Bencana Selangor dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kelmarin, dua beradik itu dihanyutka­n arus ketika mandi di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang.

Dalam kejadian 3.30 petang itu, Siti Nuralya dan Muhammad Hafiz mandi di muara itu bersama empat yang lain. Difahamkan, empat mangsa terselamat ialah masing-masing dua lagi adik-beradik serta sepupu mereka.

Dua adik mangsa yang selamat ialah Muhammad Al Hakim, 9, dan Muhammad Alif Haikal, 7; manakala dua sepupu mereka ialah Muhammad Ferdaus Rizwan Mohd Khairilniz­am, 11, dan adiknya, Muhammad Luqman, 7.

Kedua-dua mangsa dipercayai tergelinci­r ketika mandi di sungai berkenaan, lalu dibawa arus dan ketika itu air mula pasang.

Jad Jafni Jawahir, Rakan mangsa

 ??  ?? Anggota bomba membawa jenazah dua pelajar yang lemas di Air Terjun Berkelah. Gambar kecil Syafwan (atas) dan Muhammad Dzulhaziqi.
Anggota bomba membawa jenazah dua pelajar yang lemas di Air Terjun Berkelah. Gambar kecil Syafwan (atas) dan Muhammad Dzulhaziqi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia