Berita Harian

Ejekan kawan bakar semangat penuntut OKU

Mahasiswa baharu tekad manfaat peluang pengajian di universiti realisasi impian

- Oleh Ahmad Suhael Adnan dan Hazira Ahmad Zaidi bhnews@bhp.com.my

Serdang: Orang kurang upaya (OKU) yang sering diperkecil sejak berusia 11 tahun, membuktika­n kecacatann­ya tidak menghalang beliau meraih kecemerlan­gan dalam pelajaran.

Wan Ahmad Amiruladha Wan Mahzir, 20, yang kehilangan kaki kanan sejak di Tahun Lima sekolah rendah antara pelajar yang mendaftar di Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam.

Katanya, beliau memilih pengajian dalam bidang kesusaster­aan Melayu bagi membuktika­n individu OKU juga berjaya seperti orang lain.

“Saya terbabit dalam kemalangan ketika pulang mendaftar persekolah­an Darjah Lima pada 2010 apabila motosikal ditunggang makcik, berlanggar dengan lori treler, menyebabka­n kaki saya hancur digilis.

“Sejak itu, ada individu yang tidak suka merendah-rendahkan saya kerana kehilangan kaki. Namun, rakan dan keluarga banyak memberi sokongan moral bahawa saya boleh berjaya.

“Saya mahu jadikan peluang menyambung pengajian di UPM ini sebagai bukti kepada mereka yang merendah-rendahkan saya dahulu bahawa saya boleh berjaya,” katanya ketika ditemui di UPM semalam.

Seramai 11 OKU, enam Orang Asli dan 90 atlet antara 3,882 pelajar baharu mendaftar di UPM bagi sesi 2019/2020.

Sementara itu, mahasiswa Orang Asli suku Jakun, Haiza Samad, 20, pula memilih bidang komunikasi untuk mengikut jejak langkah abangnya yang menjadi penyampai radio di Asyik FM, selain meminati kerjaya wartawan.

“Orang yang kenal saya tahu, saya banyak bercakap. Saya minat dengan kerja wartawan. Jadi, abang nasihatkan untuk ambil program komunikasi di UPM,” kata anak ketiga daripada empat beradik.

Bagi atlet acara 100 meter, Muhammad Zulfiqar Ismail, 20, yang menyambung pengajian dalam program pendidikan jasmani, beliau mengakui sukar untuk mengagihka­n antara latihan dan pengajian berikutan bakal menyertai Sukan SEA buat pertama kali.

“Saya sedang pertimbang­kan mungkin menangguhk­an semester pertama ini untuk menjalani latihan sepenuh masa memandangk­an ini Sukan SEA pertama saya. Jadi, perlu lebih fokus untuk memastikan saya membawa pulang pingat untuk negara.

“Ketika ini, catatan masa terpantas saya 10.40 saat di Jerman tahun lalu dan untuk Sukan SEA, saya sasarkan untuk memecah rekod peribadi dengan catatan masa sekitar 10.20 saat.

“Saya juga mendapatka­n nasihat senior yang pernah menyertai Sukan SEA yang turut mencadangk­an saya memilih UPM kerana universiti ini membenarka­n atlet menyusun jadual secara fleksibel,” katanya.

Sementara itu di Kota Bharu, penuntut baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Juliana Abd Kadi, 22, tidak pernah berputus asa walaupun sudah tiga tahun memohon tempat ke universiti sebelum berjaya.

Katanya, selepas menamatkan Sijil Tinggi Persekolah Malaysia (STPM) pada 2016, beliau beberapa kali membuat permohonan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat universiti, namun gagal.

“Alhamdulil­lah, akhirnya pada tahun ini permohonan saya diterima sekali gus dapat merealisas­ikan impian arwah ayah (Abd Kadi Syarbini).

“Arwah ayah meninggal dunia pada Februari 2011 selepas terjatuh ke dalam sungai ketika hendak mengambil wuduk dan kejayaan saya hanya dapat dikongsi bersama ibu, Mesrawati Muslim, 50, dan adik beradik yang lain.

“Sebaik menjejakka­n kaki ke sini, saya sudah membulatka­n tekad untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak mahu melepaskan peluang yang diperolehi,” katanya yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an Perdaganga­n.

Juliana antara 2,617 mahasiswa yang mengikuti 32 program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang mendaftar di ketiga-tiga kampus UMK, iaitu Kampus Kota, Bachok dan Jeli.

Seorang lagi penuntut, Thanushiya Balan, 21, yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Keusahawan­an Peruncitan berkata, selepas menamatkan STPM pada 2017 dia mendapat pelbagai tawaran untuk melanjutka­n pengajian ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS), namun ditolak.

“Saya menolak tawaran ini kerana mahu melanjutka­n pengajian ke universiti awam dan UMK menjadi pilihan utama kerana ia universiti yang berteraska­n keusahawan­an.

“Selama dua tahun saya menunggu peluang ini dan akhirnya dapat juga menjejakka­n kaki ke sini walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga yang tinggal di Kulim, Kedah,” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu

Selain UPM dan UMK, pelajar baharu Universiti Malaya juga mendaftar semalam.

Saya mendapatka­n nasihat senior yang turut mencadangk­an saya memilih UPM kerana universiti ini membenarka­n atlet menyusun jadual secara fleksibel. Muhammad Zulfiqar Ismail

Saya minat dengan kerja wartawan. Jadi, abang nasihatkan untuk ambil program komunikasi di UPM. Haiza Samad

Saya mahu melanjutka­n pengajian ke IPTA dan UMK menjadi pilihan utama kerana ia universiti berteraska­n keusahawan­an. Thanushiya Balan

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Naib Canselor UPM, Prof Datin Dr Aini Ideris beramah mesra dengan Ikmal Mustafa Musbah (kanan) dan Wan Ahmad Amiruladha (tiga dari kanan) ketika melawat bilik penempatan pada sesi pendaftara­n pelajar baharu UPM, semalam.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Naib Canselor UPM, Prof Datin Dr Aini Ideris beramah mesra dengan Ikmal Mustafa Musbah (kanan) dan Wan Ahmad Amiruladha (tiga dari kanan) ketika melawat bilik penempatan pada sesi pendaftara­n pelajar baharu UPM, semalam.
 ?? (Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH) ?? Antara pelajar baharu yang hadir pada pendaftara­n sesi 2019/2020 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din /BH) Antara pelajar baharu yang hadir pada pendaftara­n sesi 2019/2020 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia