Berita Harian

Suasana ekonomi dunia cabaran Belanjawan 2020

Kerajaan perlu pastikan bajet penuhi aspirasi rakyat, manifesto: Penganalis­is

- Oleh Nurhayati Abllah dan Nasuha Badrul Huzaini bhbiz@bh.com.my

Belanjawan 2020 yang akan dibentangk­an pada 11 Oktober ini dijangka dirangka berhati-hati dipengaruh­i pelbagai faktor dalaman dan luaran, menggunaka­n anggaran purata harga minyak mentah dunia sekitar AS$60 satu tong.

Penganalis­is berpendapa­t, Belanjawan 2020 menjadi tugasan paling mencabar bagi kerajaan kerana beberapa faktor penting harus ditangani dengan segera, selain dipengaruh­i suasana ekonomi global pada tahun depan yang dijangka lebih mencabar berikutan kesan perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China terhadap perdaganga­n antarabang­sa.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kerajaan perlu memastikan Belanjawan 2020 masih mampu memenuhi aspirasi rakyat dan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) di tengah-tengah ketidakten­tuan harga komoditi.

“Selain itu, kerajaan juga perlu memastikan defisit belanjawan tidak terlalu besar, iaitu melebihi tiga peratus.

“Perangkaan perlu dibuat lebih teliti kerana Belanjawan 2019 dibuat dengan jangkaan hasil pendapatan minyak AS$70 satu tong, namun purata harga minyak kini hanya sekitar AS$60 satu tong,” katanya kepada BH.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan masih dalam fasa mengurangk­an hutang Kerajaan Persekutua­n berjumlah kira-kira RM1 trilion yang boleh menjejaska­n belanja mengurus dan pembanguna­n tahun depan, dengan kesannya boleh berlarutan untuk beberapa tahun.

Justeru, apa yang penting, katanya, Belanjawan 2020 mampu untuk merencanak­an perancanga­n kerajaan demi memastikan negara kekal berdaya saing dan meneroka peluang pendapatan baharu di bawah ekonomi digital, di samping tidak melupakan kepentinga­n rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi.

Belanjawan 2020 adalah yang terakhir di Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula berpendapa­t, keutamaan belanjawan pada kali ini adalah merangsang pertumbuha­n ekonomi berikutan sentimen perniagaan yang lemah.

“Kesan perang perdaganga­n As-china akan mempengaru­hi perdaganga­n antarabang­sa dan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai ekonomi terbuka dijangka menerima kesan dari sudut perdaganga­n dan pelaburan.

“Penekanan seharusnya diberi terhadap peruntukan perbelanja­an pembanguna­n yang dilihat mampu untuk merangsang pertumbuha­n pelaburan swasta.

“Sehubungan itu, sasaran defisit fiskal perlu dilihat semula dan selari dengan perkembang­an ekonomi semasa.

Belanjawan 2020 mampu merencanak­an perancanga­n kerajaan demi memastikan negara kekal berdaya saing dan meneroka peluang pendapatan baharu di bawah ekonomi digital, di samping tidak melupakan kepentinga­n rakyat yang berdepan kos sara hidup tinggi. Ahmed Razman Abdul Latiff, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia