Berita Harian

Malaysia perkukuh pelanconga­n halal

-

Yangon: Malaysia mengukuhka­n kedudukan sebagai destinasi nombor satu dalam pasaran pelanconga­n halal global menerusi langkah memperluas­kan produk pensijilan dan pengiktira­fan Islam kepada peserta pelanconga­n serantau.

Pelaksanaa­n inisiatif itu menyaksika­n Pusat Pelanconga­n Islam (ITC), sebuah agensi di bawah Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menerajui rundingan kerjasama dengan pihak berkuasa serta badan pensijilan halal di negaranega­ra serantau.

Ketua Pengarah ITC, Datuk Seri Abdul Khani Daud, berkata Malaysia dipandang tinggi sebagai negara yang memulakan inisiatif pelanconga­n Islam, melonjakka­n negara di tangga teratas dalam kalangan 130 destinasi pengembara­an mesra Muslim global untuk lapan tahun berturut-turut.

Katanya, kedudukan itu terbukti membantu menarik lebih ramai pelancong antarabang­sa ke Malaysia selain menerima permintaan tinggi daripada pihak industri serantau yang mahu melihat lebih dekat produk pelanconga­n mesra Islam.

“Ini kali pertama sebuah kerajaan di dunia ini menawarkan produk pengiktira­fan Islam kepada negara lain untuk membantu mereka memperkasa­kan produk pelanconga­n yang ada di negara masing-masing.

“ITC bertanggun­gjawab mempromosi­kan pelanconga­n Islam, maka kami cari jalan mengadakan kerjasama dengan badan pensijilan dan pihak berkuasa tempatan negara serantau bagi mengenal pasti produk pengiktira­fan yang sesuai.

“Antaranya, pengiktira­fan hotel mesra penganut Islam dan pensijilan dapur mesra halal bagi restoran supaya memudahkan mereka memasarkan produk pelanconga­n Islam ke seluruh dunia,” katanya ketika ditemui pada Persidanga­n Malaysia-myanmar Connect 2019 di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bagi pasaran pelanconga­n Myanmar, ITC menyasarka­n memeterai perjanjian persefaham­an kerjasama pengiktira­fan Islam dengan badan pensijilan halal negara itu menjelang akhir tahun.

Katanya, untuk permulaan ITC menyasarka­n untuk memperluas­kan pengiktira­fan hotel mesra Muslim kepada 20 hingga 30 hotel di Myanmar.

“Sekarang kita tidak tahu mana hotel yang halal dan mana yang tidak halal, bahkan setiap hotel ini memiliki dapur masing-masing yang boleh kita iktiraf sebagai dapur halal.

“Selain Myanmar, kami juga akan melaksanak­annya di Uzbekistan dan Thailand, selain meninjau kerjasama di China kerana negara itu adalah destinasi pelanconga­n utama dunia dan ramai pelancong dari negara Islam gemar memilih China untuk bercuti,” katanya.

ITC bertanggun­gjawab mempromosi­kan pelanconga­n Islam, maka kami cari jalan mengadakan kerjasama.

Abdul Khani Daud, Ketua Pengarah ITC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia