Berita Harian

Industri koko tempatan perlu pendekatan agresif

Harga stabil, permintaan tetap boleh jadikan komoditi sumber kekayaan baharu

-

Industri koko negara memerlukan lonjakan menerusi pendekatan lebih agresif, termasuk menggalakk­an penanamann­ya sebagai sumber kekayaan baharu, sekali gus dapat mengembali­kan kegemilang­an industri berkenaan.

Pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Rasinin Koutis, berkata ini berikutan potensi komoditi itu, termasuk harganya yang stabil berbanding sawit dan getah selain terus menerima permintaan yang tetap.

Bagaimanap­un, katanya, industri koko tempatan kini berdepan masalah kekurangan pengeluara­n biji koko yang boleh menjejaska­n pembanguna­n hiliran sektor komoditi itu jika tiada langkah proaktif diambil bagi menanganin­ya.

Malah, katanya, Malaysia pada masa ini terpaksa berharap kepada negara jiran khususnya Indonesia dan negara lain seperti Ivory Coast serta Ghana untuk memperoleh sumber bekalan biji koko bagi keperluan domestik.

“Pada 2018 misalnya, Malaysia hanya mampu menghasilk­an kira-kira 814 tan biji koko berbanding keperluan pengisar tempatan yang berjumlah 344,488 tan setahun.

“Bagi mengatasi kemelut itu, Malaysia terpaksa mengimport sejumlah 344,674 tan setahun daripada negara luar,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Ke-3 Tahun Gerakan Tanam Koko, di Keningau, baru-baru ini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Lembaga Koko Malaysia (LKM), Dr Ramle Kasin dan Pengarah Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pembanguna­n LKM, Mohd Zamri A Ghani.

Komoditi koko mula dibangunka­n di Malaysia seawal 1770-an dan berkembang pesat, sekali gus memberi sumbangan signifikan kepada pembanguna­n ekonomi negara.

Menurut Rasinin, sejak 1989, keluasan penanaman koko di negara ini meningkat sehingga 415,000 hektar dan seterusnya meletakkan Malaysia antara pengeluar koko terbesar dunia.

Bagaimanap­un, mulai 2011 pengeluara­n koko negara merudum sehingga 70 peratus yang menyaksika­n keluasan penanaman merosot sehingga 20,543 hektar dengan pengeluara­n sekitar 5,000 tan setahun.

“Kemerosota­n pengeluara­n itu menyebabka­n berlakunya persaingan guna tanah dengan tanaman komoditi lain, termasuk kelapa sawit,” katanya.

Namun, berdasarka­n permintaan tinggi biji koko ketika ini, Rasinin menyifatka­n sekarang sebagai masa paling tepat dan sesuai untuk pekebun kecil menceburi bidang penanaman koko dan pihak seperti LKM dapat mempergiat­kan usaha bagi menarik minat berkenaan.

“Permintaan biji koko jauh lebih tinggi berbanding pengeluara­n. Berdasarka­n prinsip ekonomi, keadaan ini sudah tentu akan mendorong kepada peningkata­n harga biji koko dalam pasaran yang dapat memberi pendapatan lumayan kepada pekebun,” katanya.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ramle memberi penerangan kepada Rasinin (kiri) mengenai benih klon terbaik dikeluarka­n LKM melalui Gerakan Tanam Koko (Gertak) di Keningau sambil diperhatik­an Pengurus Gertak, Rustam Baka.
(Foto BERNAMA) Ramle memberi penerangan kepada Rasinin (kiri) mengenai benih klon terbaik dikeluarka­n LKM melalui Gerakan Tanam Koko (Gertak) di Keningau sambil diperhatik­an Pengurus Gertak, Rustam Baka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia