Berita Harian

Produk halal Malaysia dapat permintaan tinggi di India

-

Produk halal Malaysia, terutama barang kosmetik dan penjagaan peribadi mendapat permintaan tinggi di India meskipun pertumbuha­n jualan yang perlahan pada 2018.

Pengurus Bahagian Antarabang­sa Halal Industry Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (HDC), Mohammad Shukur Sugumaran, berkata pengimport India menunjukka­n minat tinggi untuk mendapatka­n produk berkenaan dari Malaysia berikutan kesedaran yang semakin meningkat untuk mencari produk yang bersih, organik, sihat dan selamat, terutama dalam kalangan generasi muda.

“Permintaan adalah amat besar di India sekarang, dan ia bukan hanya datang daripada orang Islam tetapi juga bukan Islam,” katanya di luar acara Global Halal India Expo 2019 di Bengaluru, semalam.

Perangkaan daripada HDC Halal Datawareho­use System menunjukka­n eksport halal ke India meningkat 12 peratus kepada RM1.59 bilion pada 2018 daripada RM1.43 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, eksport produk kosmetik dan penjagaan peribadi halal susut kepada RM166.0 juta pada 2018 daripada RM172.93 juta.

Selain daripada produk kosmetik dan penjagaan peribadi, Mohammad Shukur, yang bertemu beberapa pengimport India bersempena dengan ekspo tiga hari itu di sini mendedahka­n bahawa fesyen sederhana bercirikan Islam juga produk yang semakin mendapat perhatian pengimport.

“Saya dimaklumka­n bahawa semakin ramai generasi muda Muslim berminat untuk berpakaian mengikut cara Islam, iaitu bersederha­na, tetapi dalam masa yang sama masih kekal moden,” katanya.

Selain itu, katanya, makanan dan minuman halal kekal sebagai produk pilihan dalam pasaran India, meskipun peraturan pelabelan ketat yang dikenakan oleh badan kawal selia makanan negara itu, Food Safety and Standards Authority of India (FSSAI).

“Banyak produk makanan dan minuman Malaysia seperti biskut Hup Seng, sos cili Limgham dan makanan ringan Miaow Miaow mendapat sambutan baik di India.

“Produk halal lain seperti coklat, barang dandanan diri, produk bayi, produk penjagaan kebersihan wanita, pakaian sukan Muslimah dan perabot bukan daripada kulit babi juga mendapat permintaan besar di negara itu,” katanya.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia