Berita Harian

MUN2019 raih potensi jualan RM30 juta

-

Acara Minggu Usahawan Nasional 2019 (MUN2019) yang berakhir semalam berjaya mencatat potensi jualan sebanyak RM30 juta dengan 245 sesi padanan perniagaan menerusi program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Nasional setakat petang kelmarin.

Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan (MED) dalam satu kenyataan berkata, acara julung kali diadakan bermula 29 Ogos lalu, juga mengumpul jualan tunai melebihi angka RM1.5 juta.

Bertemakan ‘Usahawan Wira Ekonomi’, MUN2019 yang dianjurkan MED turut bertujuan memperkasa­kan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara serta terbukti mendapat sambutan dengan kehadiran hampir 45,000 pengunjung serta usahawan.

Selain itu, MED yang turut memberi tumpuan terhadap industri halal, mengadakan beberapa siri acara Pocket Talks dan Halal Lab yang dilaksanak­an menerusi kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Perbadanan Pembanguna­n Industri Halal (HDC), Jabatan Standard Malaysia dan institusi pengajian tinggi tempatan.

“MED turut bekerjasam­a bersama Kementeria­n Pendidikan Malaysia menerusi program Siswaprene­ur yang bertujuan melahirkan usahawan dalam kalangan penuntut dan lulusan IPT dalam pelbagai bidang perniagaan seperti peruncitan, pertanian, agrikultur, teknologi kejurutera­an, teknologi komunikasi dan maklumat, industri kreatif dan multimedia, sukan dan sebagainya,” katanya.

Bazar Jualan Harga Patut Koperasi yang diterajui oleh Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) yang juga agensi MED telah diuruskan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan mencatat jualan tunai RM6,700 menerusi penjualan barangan harian dan dapur pada harga 10 hingga 15 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.

Bazar yang disertai oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) bersama 43 koperasi ini memberi peluang kepada orang ramai mendapatka­n harga terbaik sempena bulan kemerdekaa­n, sekali gus membantu mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia