Berita Harian

Labur RM1.5 juta buka tiga lagi Kawasaki Ninja Shop

Kawasaki Motors guna pendekatan eksklusif tingkat imej

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (Kawasaki Motors) memperuntu­kkan pelaburan RM1.5 juta bagi membuka tiga lagi cawangan baharu Kawasaki Ninja Shop.

Pengurus Besar merangkap Pengarah Kawasaki Motors, Datuk Jeffrey Lim Chee Sing, syarikat juga akan membuka tiga lagi Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (PSEK) dengan pelaburan sebanyak RM1.5 ju- ta.

“Kami menyasar untuk membuka cawangan baharu berkenaan di bandar utama, mungkin di Pulau Pinang dan juga Negeri Sembilan.

“Kawasaki akan menjalin kerjasama dengan pengedar terpilih bagi mengendali­kan urusan operasi di kedua-dua kedai baharu itu.

“Operasi kedua-dua Kawasaki Ninja Shop dan PSEK itu haruslah diuruskan oleh pengedar sama,” katanya kepada BH selepas pembukaan cawangan terbaru Kawasaki Ninja Shop dan pusat servis berkenaan di Klang.

Bagi cawangan baharu itu, Wah Motor Superbikes Sdn Bhd dilantik menjadi pengedar motosikal berklasifi­kasi tinggi jenama Kawasaki. Yang turut hadir Pengarah Urusannya, Lee Chee Hoong.

Kawasaki Ninja Shop adalah kedai konsep tunggal yang menjual dan mempromosi­kan motosikal Kawasaki dan disokong oleh PSEK yang memenuhi kehendak servis selepas jualan pelanggan.

Chee Sing berkata, pelanggan boleh membeli motosikal Kawasaki di kedai berkenaan dan mendapatka­n khidmat nasihat di pusat servis berkenaan di bawah satu bumbung.

“Kami percaya pendekatan eksklusif seperti ini akan meningkatk­an imej Kawasaki ke paras yang lebih tinggi dan menjadi jenama premium di negara ini.

“Sehingga kini, kami sudah mempunyai 11 kedai konsep Kawasaki Ninja Shop di seluruh negara dan kami akan terus menjalanka­n usaha terbaik untuk memenuhi janji dan komitmen kepada pemilik motosikal Kawasaki,” katanya.

 ?? (Foto Faiz Anuar/bh) ?? Chee Sing bersama Chee Hoong (kanan) Kawasaki Ninja Shop di Klang, kelmarin. melihat motosikal selepas majlis perasmian cawangan terbaru
(Foto Faiz Anuar/bh) Chee Sing bersama Chee Hoong (kanan) Kawasaki Ninja Shop di Klang, kelmarin. melihat motosikal selepas majlis perasmian cawangan terbaru

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia