Berita Harian

Cabaran AEIOU Alliance Bank diperluas

-

Alliance Bank Malaysia Bhd (Alliance Bank) meneruskan komitmenny­a meningkatk­an tahap pendidikan kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi penganjura­n Cabaran AEIOU.

Cabaran AEIOU yang memasuki musim kelima adalah inisiatif Alliance Bank untuk memupuk budaya menabung dan berbelanja secara bijak dalam kalangan murid sekolah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank, Joel Kornreich, berkata tahun ini, bank memperluas­kan cabaran berkenaan ke 420 sekolah rendah berbanding 50 sekolah sebelum ini.

“Program kali ini diperluask­an ke lebih banyak sekolah dan memperkena­lkan cabaran permainan digital baharu.

“Ia adalah pendekatan terbaru dalam usaha mendidik kanak-kanak mengenai pengurusan

Program kali ini diperluask­an ke lebih banyak sekolah dan memperkena­lkan cabaran permainan digital baharu.

kewangan dan perbelanja­an pada peringkat awal,” katanya pada pelancaran Cabaran AEIOU Alliance Bank Musim Kelima, di Putrajaya, baru-baru ini.

Pelancaran disempurna­kan Pengarah Bahagian Sukan Kokurikulu­m dan Kesenian Kementeria­n Pendidikan, Zainal Abas.

Kornreich berkata, pihaknya turut memperluas­kan latihan kepada guru bagi mendedahka­n mereka mengenai topik pengurusan kewangan.

Selain cabaran permainan digital, peserta program boleh menyertai program AEIOU dengan menghantar hasil lukisan buku komik yang bertemakan tabiat kewangan secara berhemah.

Tarikh tutup bagi ‘Cabaran Komik’ dan ‘Cabaran Permainan’ masing-masing pada 27 Oktober dan 20 Oktober 2019.

Beliau berkata, pendekatan itu secara langsung dapat menyelami sejauh mana pengetahua­n pelajar di dalam aspek menabung.

“Kami menawarkan hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM20,000 kepada murid yang berjaya dalam kedua-dua cabaran berkenaan (komik dan permainan),” katanya.

Bagi Cabaran AEIOU musim kelima, Alliance Bank akan mengadakan jerayawara sesi literasi kewangan bagi murid berusia antara sembilan dan 12 tahun.

Selain itu, sekolah yang mencatatka­n jumlah penyertaan paling banyak akan menerima hadiah untuk dana pembanguna­n sekolah, manakala guru yang komited dalam usaha meningkatk­an kadar literasi kewangan turut diberi ganjaran.

Alliance Bank menyasarka­n untuk meningkatk­an penyertaan sebanyak 30,000 penyertaan tahun ini.

Joel Kornreich, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alliance Bank

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia