Berita Harian

Curah pengalaman sukan permotoran dalam DYNORACE

Sedia khidmat penalaan enjin motosikal berkualiti, terbaik, tepat

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Jika seseorang menceburi bidang yang diminatiny­a, ia boleh bercambah menjadi mata pencarian lumayan jika diusahakan sebaik mungkin.

Begitulah yang terjadi kepada pemilik DYNORACE, Azmi Mansor, yang sekian lama berkhidmat di ‘belakang tabir’ dunia sukan permotoran sebelum beralih ke bidang lebih komersial.

Masih dalam bidang sama, iaitu berkaitan dengan jentera dua roda, namun kini skopnya lebih meluas untuk peminat motosikal dengan menyediaka­n perkhidmat­an penalaan.

DYNORACE adalah penyedia diagnosis motosikal yang menjadi antara antara nadi utama pusat diagnosis di Kuala Lumpur.

Azmi berkata, persekitar­an, tuntutan dan keperluan semasa pemilik motosikal di negara ini membuka ruang kepadanya mengembang­kan pengalaman yang dimiliki hampir 20 tahun untuk memberi perkhidmat­an diagnosis berkualiti kepada pelanggan.

“DYNORACE adalah jenama perkhidmat­an diperkenal­kan sejak dua tahun lalu di bawah syarikat SRT Technical Racing, yang ditubuhkan sejak 10 tahun lalu dan menjalanka­n aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmat­an serta jualan.

“Bermodalka­n RM120,000, jeama DYNORACE ditubuhkan untuk menyediaka­n perkhidmat­an menala enjin motosikal serta khidmat berkaitan sukan permotoran,” katanya.

Menurut Azmi, industri motosikal negara berubah daripada sistem pembakaran berasas karburetor kepada sistem suntikan bahan api sejak lima tahun lalu.

Menyedari perubahan itu, beliau mengambil langkah awal untuk belajar dan memahami cara menala enjin berasaskan pengalaman yang ada untuk dikembang ke peringkat komersial di mana dulunya hanya dilakukan di litar lumba.

Azmi yang juga Penala Pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-ckj melihat peluang peralihan teknologi motosikal perlu dimanfaat sepenuhnya, sekali gus dapat meluaskan capaiannya untuk berkhidmat kepada ‘nadi’ mobiliti rakyat Malaysia, terutama di kawasan bandar.

“Pengalaman saya dalam sukan permotoran secara serius sejak 10 tahun lalu menyebabka­n pengetahua­n lebih mendalam untuk memahami karakter atau lebih tepat, teknik penalaan yang betul untuk sebuah enjin.

“Menyertai pasukan lumba pada peringkat kebangsaan dan antarabang­sa memberi banyak kelebihan dari segi maklumat mengenai teknik penalaan terbaru. Ia menjadi kelebihan kepada saya, manakala pelanggan juga mendapat manfaat apabila menggunaka­n perkhidmat­an DYNORACE,” katanya.

Meskipun perkhidmat­an yang ditawarkan cepat berkembang ke seluruh negara sehingga ada pelanggan dari Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis sanggup datang mendapatka­n perkhidmat­annya, DYNORACE juga tidak terlepas daripada berdepan cabaran.

Menurut Azmi, bidang penalaan ini masih baharu dalam industri, menyebabka­n ramai pelanggan masih keliru dan kurang memahami keperluan sebenar dalam sistem penalaan enjin.

“Cabaran utama saya adalah keperluan lebih banyak masa untuk mendidik pemilik motosikal bagi mendapatka­n diagnosis yang betul, berkualiti dan terbaik,” katanya.

Beliau yang turut menjadi Penala Pasukan SIC Junior ZK Racing yang terbabit dengan siri perlumbaan ‘Asia Road Racing Championsh­ip’ melihat industri motosikal beralih daripada sistem penyalaan nyahcas kapasitor (CDI) kepada unit kawalan enjin (ECU) digital dengan drastik, sekali gus memerlukan lebih banyak pusat diagnosis bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Menyedari keperluan itu, Azmi mengembang­kan capaian perniagaan apabila bertindak sebagai pengimport mesin diagnosis dari Itali untuk diedarkan di pasaran Malaysia menerusi rakan niaga yang berminat dalam industri ini.

Katanya, teknologi dari luar, terutama Eropah adalah pakar dalam bidang ini dengan mesin yang tepat serta berkualiti tinggi dapat memudahkan penalaan, selain kos servis selepas jualan juga rendah.

“Rakan niaga kami akan dilatih serta dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan mereka dapat memberikan perkhidmat­an berkualiti. Mereka juga boleh menjadi rakan francais jika berminat dengan segala tunjuk ajar dan latihan diberikan.

“Bagi melahirkan lebih ramai penala baharu, saya mahu kumpulkan mereka yang berminat di pusat DYNORACE untuk dibantu serta dilatih dan diuji bagi memastikan mereka sudah bersedia untuk berkhidmat.

“Industri ini masih baharu dan ruangnya masih luas, belum nampak ada pihak yang menguasai perkhidmat­an ini dan ia jelas memberi manfaat kepada mereka yang terlebih dulu menghidu peluang ini,” katanya.

Mengenai langkah pengembang­an jenama DYNORACE, beliau bercadang meneroka pasaran di Pahang, Pulau Pinang dan Johor.

“Saya memiliki perancanga­n yang teratur dan tersusun untuk mengembang DYNORACE berdasarka­n kos caj lebih berbaloi dan kualiti kerja yang baik dengan kedudukan lokasi cawangan yang lebih strategik.

“Mengikut trend pengguna motosikal dan permintaan kini, DYNORACE boleh berkembang dengan mudah untuk memenuhi keperluan pelanggan di serata negara,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Nik Hariff Hassan/bh) ?? Antara proses yang dilakukan DYNORACE dalam menala enjin motosikal.
(Foto Nik Hariff Hassan/bh) Antara proses yang dilakukan DYNORACE dalam menala enjin motosikal.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia