Berita Harian

Paras penutup Ogos terendah

-

Pada hari terakhir dagangan bagi Ogos, indeks ditutup pada paras 1,612.14 mata. Dari segi bulanan, indeks menyusut 22.73 mata berbanding penutup pada hujung Julai dan naik 2.81 secara mingguan. Paras penutup ini adalah paras terendah dalam masa empat tahun dan indeks turun sebanyak 78.44 mata berbanding Januari lalu.

Untuk jangka masa sederhana, indeks naik selama dua minggu berturut-turut dan naik melebihi 23.6 peratus daripada paras terendah.

Minggu lalu, indeks mencatat paras terendah 1,584.83 dan ditutup pada paras tertinggi 1,612.14. Jumlah dagangan bulan lalu merosot kepada 46.247 bilion dan nilai dagangan juga merosot kepada RM38.607 bilion.

Untuk mingguan pula, jumlah dagangan naik sedikit berbanding minggu sebelumnya dengan 10.478 bilion bertukar tangan dan nilai juga bertambah kepada RM9.646 bilion.

Bulan Ogos menyaksika­n pelabur asing menjual secara besar-besaran dengan nilai bersih jualan sebanyak RM2.598 bilion dan mereka adalah penjual bersih tujuh minggu berturut-turut.

Pelabur asing menjual bersih sepanjang tahun ini, kecuali pada Januari dan Mei.

Indeks dianggarka­n akan turun bagi jangka masa panjang dan naik bagi jangka masa sederhana.

Antara kaunter yang mencecah 52 minggu tertinggi ialah MAGNI-TECH INDUSTRIES BHD (RM5.39), PINTARAS JAYA BHD (RM3.09), TEO GUAN LEE CORP BHD (RM1.15), UEM EDGENTA BHD (RM3.33), SLP RESOURCES BHD (RM1.35).

QUALITY CONCRETE HLDGS BHD (RM0.85), POWER ROOT BHD (RM2.04), UWC BHD (RM1.52), ALLIANZ MALAYSIA BHD (RM14.78), WESTPORTS HOLDINGS BHD (RM4.2) dan UNI WALL APS HOLDINGS BHD (RM0.88).

Untuk pergerakan harian, pada Isnin lalu, KLCI ditutup 8.80 mata lebih rendah kepada 1,600.53. Pasaran saham di Asia jatuh berikutan peningkata­n ketegangan perang perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.211 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.814 bilion. Indeks bursa kebanyakan ditutup dengan pengecuali­an REIT.

Kaunter untung termasuk GREATEC (LP: RM1.17, +RM0.06), MI(LP:RM1.96,+RM0.11),CARLSBG (LP: RM25.86, +RM0.94), SALUTE (LP: RM0.59, +RM0.03), DWL (LP: RM0.595,+RM0.04) dan CBIP (LP: RM0.89, +RM0.06).

Kaunter rugi termasuk DRBHCOM (LP: RM2.60, -RM0.35), PECCA (LP: RM1.14,-RM0.13), PCHEM (LP: RM6.91, -RM0.31), CMSB (LP: RM2.28, -RM0.22), PMETAL (LP: RM4.75, -RM0.11), PETDAG (LP: RM22.30, -RM0.96), AEON (LP: RM1.67, -RM0.08), SCIB (LP: RM1.12, -RM0.09), DAYANG (LP: RM1.43, -RM0.06),MYEG (LP: RM1.39, -RM0.06), SIME (LP: RM2.09, -RM0.05), HIBISCS (LP: RM0.92, -RM0.035) dan GPACKET (LP: RM0.615, -RM0.03).

KLCI ditutup 9.69 mata lebih rendah kepada 1,590.84. Pasaran saham di Asia naik pada Selasa apabila pelabur berhati-hati dengan perkembang­an perang perdaganga­n As-china yang lebih rancak baru-baru ini.

Jumlah dagangan menurun kepada 2.114 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.618 bilion. Indeks bursa ditutup rendah kecuali REIT dan Penjagaan Kesihatan.

Kaunter untung termasuk SALUTE (LP: RM0.645, +RM0.55), NOVA (LP: RM0.48, +RM0.06), SERBADK (LP: RM4.30, +RM0.08), DUFU (LP: RM2.27, +RM0.11), EDGENTA (LP: RM3.27, RM0.15), MBWORLD (LP: RM1.56, +RM0.11), LITRAK (LP: RM4.70, + RM0.10), VS (LP: RM1.30, +RM0.04), PESTECH (LP: RM1.43, +RM0.04), SUPERMX (LP: RM1.52, +RM0.03), TEOSENG (LP: RM1.12, +RM0.04) dan KNM (LP: RM0.385, +RM0.03).

Kaunter rugi termasuk FRONTKN (LP: RM1.56, -RM0.11), ABMB (LP: RM2.92, -RM0.33), AMBANK (LP: RM3.98, -RM0.14), MISC (LP: RM6.96, -RM0.24), MI(LP: RM1.85, -RM0.11), PETGAS (LP: RM15.36, -RM0.34), HLBANK (LP: RM16.48, -RM0.50), PETDAG (LP: RM21.62, -RM0.68), PENTA (LP: RM3.49, -RM0.12), IOIPG (LP: RM1.16, -RM0.06), SUNWAY (LP: RM1.57, -RM0.05), MASTER (LP: RM1.28, -RM0.05), HTPADU (LP: RM1.07, -RM0.06), ASTRO (LP: RM1.36, -RM0.07) dan GTRONIC (LP: RM1.67, -RM0.06).

KLCI ditutup 1.02 mata lebih rendah kepada 1,589.82. Pasaran saham di Asia ditutup bercampur-campur pada Rabu.

Jumlah dagangan menurun kepada 1.936 bilion dan nilai pasaran berkuranga­n kepada RM1.542 bilion. Indeks bursa ditutup rendah.

Kaunter untung termasuk OPCOM (LP: RM0.635, +RM0.55), SIME (LP: RM2.20, +RM0.09), SANBUMI (LP: RM0.34, +RM0.055), ABMB (LP: RM3.02, +RM0.10), TM (LP: RM4.08, +RM0.13), HTPADU (LP: RM1.19, +RM0.12), AMBANK (LP: RM4.09, +RM0.11),WPRTS (LP: RM4.14, +RM0.12), PADINI (LP: RM3.74, +RM0.36) dan PELIKAN (LP: RM0.365, +RM0.06).

Kaunter rugi termasuk DRBHCOM (LP: RM2.43, -RM0.14), AEON (LP: RM1.54, -RM0.11), GAMUDA (LP: RM3.54, -RM0.09), IJM (LP: RM2.19, -RM0.11), SPSETIA (LP: RM1.53, -RM0.09), DAYANG (LP: RM1.35, -RM0.06), SALUTE (LP: RM0.60, -RM0.045), GBGAQRS (LP: RM1.22, -RM0.04), FGV (LP: RM0.95, -RM0.035) dan AWC (LP: RM0.605, -RM0.04).

KLCI ditutup 5.36 mata lebih tinggi kepada 1,595.18. Pasaran saham utama di Asia di tutup bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur terus mengawasi keluk hasil pulangan bil perbendaha­raan AS.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1.998 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM1.666 bilion. Indeks bursa ditutup bercampur-campur.

Kaunter untung termasuk GENM (LP: RM3.12, +RM0.08), IDEAL (LP: RM1.47, +RM0.08), IOICORP (LP: RM4.36, + RM0.14), CARIMIN (LP: RM0.96, +RM0.05) SIMEPROP (LP: RM0.85, RM0.05), UZMA (LP: RM0.66, +RM0.0.35) dan LHI (LP: RM0.76, +RM0.04).

Kaunter rugi termasuk TM (LP: RM3.74, -RM0.34), AEON (LP: RM1.46, -RM0.08), HTPADU (LP: RM1.12, -RM0.07), TAKAFUL (LP: RM5.80, -RM0.20), KLCC (LP: RM8.01, -RM0.19), VS (LP: RM1.24, -RM0.07), AIRASIA (LP: RM1.75, -RM0.05), MMCCORP(LP:RM1.04,-RM0.05), ASTRO (LP: RM1.29, -RM0.05), RANHILL (LP: RM1.33, -RM0.05), ANNJOO (LP: RM1.17, -RM0.06), SPSETIA (LP: RM1.47, -RM0.06), TRC (LP: RM0.50, -RM0.055), MMSV (LP: RM0.605, -RM0.055), GREATEC(LP: RM1.13, -RM0.03), BINACOM (LP: RM0.27, -RM0.035) dan SEM (LP: RM1.46, -RM0.04).

KLCI ditutup 16.96 mata lebih tinggi kepada 1,612.14. Sasaran saham di Asia ditutup bercampur-campur pada Jumaat apabila Beijing membayangk­an bahawa ia tidak akan membalas dendam terhadap pusingan terbaru tarif dari Washington buat masa sekarang.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.220 bilion dan nilai pasaran meningkat kepada RM2.008 bilion. Semua indeks bursa ditutup lebih tinggi.

Kaunter untung termasuk CIMB (LP: RM5.06, +RM0.12), PCHEM (LP: RM6.93, +RM0.16), MAXIS (LP: RM5.57, +RM0.16), AMBANK (LP: RM4.20, +RM0.13), SIMEPLT (LP: RM4.98, RM0.10), YINSON (LP: RM6.95, +RM0.26), LHI (LP: RM0.835, +RM0.075), DRBHCOM (LP: RM2.52, +RM0.07), MYEG (LP: RM1.42, +RM0.06), SIME (LP: RM2.29, +RM0.06), YTLPOWR (LP: RM0.74, + RM0.055), IJM (LP: RM2.28, + RM0.06),(LP: RM1.91, +RM0.05), SPSETIA (LP: RM1.56, +RM0.09), CMSB (LP: RM2.35, +RM0.08), PWROOT (LP: RM2.04, +RM0.09), DUFU (LP: RM2.26, +RM0.06) dan ARMADA (LP: RM0.255, +RM0.035).

Kaunter rugi termasuk AIRPORT (LP: RM8.23, -RM0.32), HENGYUAN (LP: RM4.48, -RM0.20), CARIMIN (LP: RM0.915, -RM0.045), SUPERMX(LP: RM1.49, -RM0.04), OPCOM (LP: RM0.605, -RM0.025), GTRONIC (LP: RM1.68, -RM0.04), NAIM (LP: RM0.975, -RM0.025) dan PRESBHD (LP: RM0.43, -RM0.25).

 ?? (Foto hiasan) ?? Bulan Ogos menyaksika­n RM2.598 bilion. pelabur asing menjual secara besar-besaran dengan nilai bersih jualan sebanyak
(Foto hiasan) Bulan Ogos menyaksika­n RM2.598 bilion. pelabur asing menjual secara besar-besaran dengan nilai bersih jualan sebanyak
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia