Berita Harian

China, AS saling berbalas kenakan tarif tambahan

Beijing mula pusingan baharu berkuat kuasa semalam

-

Beijing: China dan Amerika Syarikat (AS) mula mengenakan tarif tambahan ke atas barangan masing-masing semalam, perkembang­an terbaru dalam perang perdaganga­n antara kedua-dua negara itu.

Perkembang­an itu berlaku, di sebalik terdapat petunjuk rundingan semula akan diadakan dalam beberapa bulan lagi.

Pusingan baharu tarif itu berkuat kuasa semalam, dengan levi Beijing sebanyak lima peratus ke atas minyak mentah AS, yang menandakan pertama kali bahan api itu disasarkan sejak dua ekonomi utama dunia itu memulakan perang perdaganga­n sejak lebih setahun lalu.

Pentadbira­n Trump pula akan mula mengenakan lebih 15 peratus tarif berjumlah lebih daripada AS$125 bilion bagi import China, termasuk pembesar suara pintar, fon kepala Bluetooth dan pelbagai jenis kasut.

Sebagai balasan, China mula mengenakan tarif tambahan ke atas beberapa barangan AS dengan senarai sasaran sebanyak AS$75 bilion.

Beijing bagaimanap­un tidak memperinci­kan nilai barangan yang dikenakan tarif lebih tinggi, bermula semalam.

Tarif tambahan berjumlah lima dan 10 peratus itu dikenakan ke atas 1,717 barangan dari sejumlah 5,078 produk dari AS. Beijing akan mula mengutip tarif tambahan bermula 15 Disember.

Menurut agensi berita rasmi Xinhua, AS perlu belajar bagaimana untuk bertindak seperti kuasa global dengan bertanggun­gjawab dan berhenti bertindak sebagai ‘pembuli’.

“Sebagai satu-satunya kuasa besar dunia, ia perlu bertanggun­gjawab dan bekerjasam­a dengan negara lain dalam menjadikan dunia ini sebagai tempat lebih baik dan makmur. Dengan itu, AS boleh menjadi lebih hebat,” katanya.

Sementara itu, menurut People Daily, tarif tidak mampu menghalang pembanguna­n China.

“Ekonomi China sedang pesat membangun menjadikan negara itu sebagai ‘tanah subur’ untuk pelaburan, yang mana syarikat asing tidak boleh abaikannya,” katanya menerusi ulasan

‘Zhong Sheng’ atau ‘Voice of China’ sering digunakan dalam menyatakan pandangann­ya mengenai isu dasar.

Bulan lalu, Presiden AS, Donald Trump, berkata beliau meningkatk­an tarif sedia ada dan merancang mengenakan tarif sebanyak lima peratus ke atas kira-kira AS$550 bilion import China, selepas Beijing mengumumka­n mengenakan tarif balas terhadap barangan AS.

REUTERS

 ?? (Foto AFP) ?? Amerika Syarikat dan China meningkatk­an pertikaian perdaganga­n dengan memperkena­lkan tarif baharu bagi barangan masing-masing, berkuat kuasa semalam.
(Foto AFP) Amerika Syarikat dan China meningkatk­an pertikaian perdaganga­n dengan memperkena­lkan tarif baharu bagi barangan masing-masing, berkuat kuasa semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia