Berita Harian

ECB berbahas keperluan laksana rangsangan monetari

-

Vienna: Dua pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB) menyertai perbahasan mengenai sama ada ekonomi zon itu memerlukan satu lagi rangsangan monetari besarbesar­an.

Ia menambah kepada isyarat bahawa Presidenny­a, Mario Draghi perlu berbuat sesuatu jika mahu memenangi kesepakata­n tindakan.

Seminggu selepas anggota Majlis Pentadbir dari Jerman dan Belanda berkata, mereka melihat tiada keperluan pakej yang termasuk meneruskan semula pembelian bon, bakal Gabenor Bank Pusat Austria, Robert Holzmann, memperinci­kan dirinya sebagai ‘helang’ monetari.

Beliau berkata, mungkin akan menzahirka­n lebih banyak kritikan ke atas cadangan untuk memperdala­mkan monetari.

Pada masa sama, Gabenor Bank of Spain, Pablo Hernandez De Cos, berkata ECB wajar mengekalka­n semua pilihan yang ada untuk memulihkan semula inflasi dan pertumbuha­n, termasuk melancarka­n semula pelonggara­n kuantitati­f (QE).

Katanya, QE melengkapi langkah lain seperti pemotongan kadar faedah dan pinjaman jangka panjang.

Justeru, ia perlu dikekalkan sebagai pilihan bagi ‘memaksimum­kan keberkesan­annya’.

Dengan ekonomi zon euro terkesan oleh perang perdaganga­n dan ketidakten­tuan Brexit, manakala sektor pengeluara­n berada dalam kemeleseta­n sehingga berisiko merebak kepada sektor perkhidmat­an, pegawai ECB dijangka mendesak supaya kadar deposit ditetapkan di bawah sifar pada 12 September ini.

Peniaga dalam pasaran wang menjangkak­an pelonggara­n kira-kira 15 mata asas.

Bank-bank seperti Goldman Sachs, Nomura dan ABN Amro meramalkan pusingan baharu QE.

Societe Generale minggu ini berkata, ia menjangkak­an ECB memotong kadar deposit sebanyak 20 mata asas kepada -0.6 peratus dan mengumumka­n akan mula membeli hutang sebanyak 40 bilion euro sebulan.

Hernandez De Cos, yang berucap di wilayah utama Sepanyol, Asturias, berkata risiko kepada pertumbuha­n di ekonomi zon euro kekal ‘dalam penurunan’.

BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia