Berita Harian

Mata wang digital ‘raja’ tukaran asing

-

London: Gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney membayangk­an mata wang maya, yang mengikut model Libra oleh Facebook, satu hari nanti akan menggantik­an dolar sebagai ‘raja’ pasaran tukaran asing.

Pemimpin utama BOE itu mengemukak­an cadangan samar bertajuk ‘Mata Wang Hegemoni Sintetik’ pada Simposium Jackson Hole yang disertai ahli perbankan pusat baru-baru ini.

Berikut adalah penilaian ringkas mengapa dolar kehilangan daya tarikannya dan tinjauan mengenai mata wang digital baharu oleh Carney, yang mungkin akan disokong oleh bank pusat utama seluruh dunia.

Dolar sudah menjadi mata wang rujukan dunia sejak perjanjian Bretton Woods pada 1944, apabila beberapa unit mata wang utama ditetapkan pada nilai mata wang Amerika Syarikat (AS).

Ia mengekalka­n kuasa globalnya sejak itu, disebabkan oleh kuasa ekonomi dan politik AS.

“Mata wang yang dominan kebiasaann­ya adalah milik kuasa politik terbesar dunia,” kata Ketua Penyelidik Ostrum Asset Management, Philippe Waechter.

Dolar merangkumi hampir 62 peratus rizab tukaran asing global pada suku pertama 2019, demikian menurut Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF).

Mata wang tunggal Eropah di tempat kedua dengan 20.2 peratus, manakala yuan merangkumi hanya dua peratus meskipun China melonjak sebagai ekonomi kedua terbesar dunia di belakang AS.

Walaupun dolar sudah kehilangan kuasanya disebabkan oleh globalisas­i dan perubahan ekonomi dunia, pergerakan unit mata wang AS itu masih memberi impak ekonomi di tempat lain.

“Perkembang­an di AS mempunyai limpahan yang ketara dari segi prestasi perdaganga­n dan persekitar­an kewangan beberapa negara, walaupun mempunyai pendedahan langsung yang terhad kepada ekonomi AS,” kata Carney pada pertemuan ahli perbankan pusat di Wyoming.

Apabila dolar meningkat, bayaran balik bagi kebanyakan negara pesat membangun turut melonjak, kerana hutangnya kebiasaann­ya adalah dalam denominasi dolar. AFP

 ??  ?? Mata wang digital mengikut model Libra oleh Facebook dilihat mampu ganti dolar dalam pasaran tukaran asing.
Mata wang digital mengikut model Libra oleh Facebook dilihat mampu ganti dolar dalam pasaran tukaran asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia