Berita Harian

Jangka catat 1,620 mata

Rundingan perdaganga­n As-china tingkat sentimen pasaran minggu ini

-

Bursa Malaysia dijangka meningkat ke paras 1,620 minggu ini berikutan kemajuan rundingan perdaganga­n Amerika Syarikat (As)-china dan asas yang kukuh.

“Kemajuan positif rundingan perdaganga­n antara kedua-dua kuasa ekonomi dunia itu dijangka meningkatk­an sentimen pasaran minggu ini,” kata Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan.

Mengenai asas, beliau berkata, ekonomi Malaysia berkembang 4.9 peratus berbanding pengembang­an sebelum ini pada 4.5 peratus.

Selain itu, katanya, kelulusan Kabinet bagi pelaksanaa­n Pelan Gentian Optik dan Kesalinghu­bungan Negara (NFCP) bagi tempoh lima tahun akan datang dengan kos RM21.6 bilion dijangka meningkatk­an kaunter telekomuni­kasi.

“Kaunter pemain telekomuni­kasi dijangka meningkat lebih tinggi, terutama dengan cadangan penggabung­an Axiata Group Bhd dengan Telenor ASA dari Norway berjalan lancar dan dijangka selesai dalam tempoh masa yang dijadualka­n,” katanya.

Bagaimanap­un,katanya,meskipun asas domestik kukuh, pasaran tempatan dijangka bergantung kepada keadaan ekonomi global.

“Oleh itu, pelabur perlu melihat kepada lebih banyak angka ekonomi global sebelum memasuki pasaran,” katanya.

Pasaran akan ditutup hari ini sempena cuti umum Awal Muharam, semalam. Operasi pasaran akan disambung semula esok.

Pada Jumaat, pasaran tempatan ditutup tinggi berikutan peningkata­n sentimen dalam keadaan perkembang­an positif rundingan perdaganga­n Aschina.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, pasaran bermula lemah tetapi melantun semula dalam beberapa hari lalu di tengah-tengah pemulihan sentimen yang dipengaruh­i oleh perkembang­an terkini rundingan perdaganga­n As-china.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI meningkat 2.81 mata kepada 1,612.14 daripada 1609.33.

Indeks FBM Emas turun 37.65 mata kepada 11,348.5, Indeks FBMT 100 susut 28.7 mata kepada 11,190.63 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 12.14 mata kepada 11,912.05.

FBM 70 turun 235.74 mata kepada 1944.71 dan Indeks FBM Ace jatuh 65.43 mata kepada 4,488.2.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan susut 105.31 mata kepada 15,550.02, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian turun 1.89 mata kepada 148.68 manakala Indeks Perladanga­n meningkat 47.79 mata kepada 6,889.48.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 10.48 bilion unit bernilai RM9.64 bilion berbanding 10.32 bilion unit bernilai RM7.00 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 6.49 bilion saham bernilai RM6.28 bilion daripada 6.95 bilion saham bernilai RM6.28 bilion.

Jumlah dagangan waran naik kepada 2.51 bilion unit bernilai RM561.85 juta daripada 1.86 bilion unit bernilai RM421.67 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 1.46 bilion saham bernilai RM347.37 juta daripada 1.54 bilion saham bernilai RM297.51 juta. BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia