Berita Harian

Tak banjir ketika air pasang besar

Tiada limpahan dikesan melepasi ban, benteng di pesisir pantai Selangor

- Oleh Rafidah Mat Ruzki fidahruzki@bh.com.my

Shah Alam: Tiada banjir berlaku pada hari pertama fenomena air pasang besar di pesisir pantai Selangor yang mencecah ketinggian sehingga 5.5 meter, pagi semalam.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof, berkata pemantauan di pesisir pantai membabitka­n daerah Klang, Kuala Selangor, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang, mendapati tiada limpahan dikesan melepasi ban atau benteng ketika kemuncak air pasang besar pada jam 7.23 pagi semalam.

Malah, beliau berkata, struktur ban atau benteng di pesisir pantai terbabit juga kukuh dan berada dalam keadaan baik.

“Hasil pemantauan dan maklumat diterima oleh agensi keselamata­n berkaitan fenomena air pasang besar pada Bacaan Jadual Air Pasang Besar Pelabuhan Klang, ketinggian paras air laut ialah 5.5 meter pada jam 7.23 pagi.

“Keadaan selamat dan terkawal, manakala cuaca juga cerah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Fairuz berkata, orang awam bagaimanap­un dinasihat mengurangk­an aktiviti pantai ketika air pasang besar, terutama kanak-kanak yang tidak pandai berenang.

“Gunakanlah pelampung, selain pengawasan orang dewasa diperlukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani, berkata nelayan yang keluar menangkap ikan ketika air pasang besar dinasihatk­an sentiasa memakai jaket keselamata­n, di samping membawa peralatan bantuan kecemasan dan keselamata­n diri di dalam bot serta sampan.

“Bagi keluarga yang mahu berkelah di pesisir pantai, dinasihatk­an tidak pergi ke kawasan laut agak dalam bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini,” katanya.

Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, fenomena air laut pasang besar diramal berlaku semalam hingga hari ini; 29 September sehingga 2 Oktober dan 27 sehingga 30 Oktober di persisiran pantai Selangor, dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.7 meter.

“Fenomena itu membabitka­n daerah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Sekiranya hujan lebat dan angin kencang berlaku, risiko banjir meningkat.

Sepanjang fenomena air laut pasang besar, paras air akan meningkat ke 5.5 meter hingga 5.7 meter berdasarka­n jadual air pasang surut dari Pusat Hidrografi Nasional (PHN) dengan beberapa kawasan dikenalpas­ti sebagai berisiko.

Hasil pemantauan dan maklumat diterima oleh agensi keselamata­n berkaitan fenomena air pasang besar pada Bacaan Jadual Air Pasang Besar Pelabuhan Klang, ketinggian paras air laut ialah 5.5 meter pada jam 7.23 pagi.

Ahmad Fairuz Mohd Yusof, Ketua Unit Pengurusan Bencana Selangor

 ?? (Foto Sairien Nafis /BH) ?? Keadaan air di Pangkalan Nelayan Tok Muda yang dirakam pada jam 2.30 petang, semalam.
(Foto Sairien Nafis /BH) Keadaan air di Pangkalan Nelayan Tok Muda yang dirakam pada jam 2.30 petang, semalam.
 ??  ?? Ahli Majlis Perwakilan Komuniti Kampung , Baharudin Alias menunjukka­n paras air di Pangkalan Nelayan Tok Muda, pagi semalam.
Ahli Majlis Perwakilan Komuniti Kampung , Baharudin Alias menunjukka­n paras air di Pangkalan Nelayan Tok Muda, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia