Berita Harian

Kedai jualan amal pejabat Ketua Menteri di MITC

-

Ayer Keroh: Pejabat Ketua Menteri Melaka menubuhkan kedai jualan amal beberapa barangan keperluan harian masyarakat pada harga berpatutan.

Barangan seperti pakaian terpakai, buku serta kraftangan itu dijual dengan harga serendah RM2 menerusi penubuhan kedai jualannya dikenali sebagai ‘Tienda CMO Prihatin’ di Jalan KF 1, Kota Tun Fatimah di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC), di sini.

Perasmiann­ya disempurna­kan Ketua Menteri, Adly Zahari, serentak dengan perasmian Bazar Melaka Kota Tun Fatimah, di sini, semalam.

Adly berkata, semua barangan terpakai yang dijual di Tienda CMO Prihatin itu diperoleh menerusi sumbangan orang ramai, termasuk pakaian yang masih elok dan nampak baharu.

Selain itu, katanya, beberapa barangan kraftangan juga yang dihasilkan golongan ibu tunggal dan kurang berkemampu­an turut dijual dengan harga murah.

“Saya mengesyork­an semua 300 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini supaya bersama-sama membawa masyarakat kampung masing-masing ke kedai amal ini bagi membuktika­n keprihatin­an pemimpin akar umbi terhadap golongan memerlukan.

“Hasil jualan ini kelak akan dikumpul untuk disalurkan kepada golongan tidak bernasib baik di negeri ini,” katanya.

Yang turut hadir, EXCO Wanita, Kebajikan dan Pembanguna­n Luar Bandar negeri, Ginnie Lim dan EXCO Pelanconga­n, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Tienda CMO Prihatin akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 5 petang hingga 12 tengah malam.

Sementara itu, Adly berkata, penganjura­n Bazar Melaka adalah bertujuan membantu usahawan wanita menjual hasil masing-masing selama enam bukan tanpa dikenakan sewa tapak.

Katanya, ia termasuk makanan, pakaian, aksesori wanita, produk kesihatan dan barangan keperluan harian.

“Kita akan lihat perkembang­an bazar ini untuk tempoh enam bulan dan jika sambutanny­a baik, kita akan meneruskan lagi selain bercadang mengembang­kan di beberapa lokasi lain yang strategik,” katanya.

 ?? (Foto Khairunisa­h Lokman /BH) ?? Adly Zahari melawat gerai peniaga pada Majlis Perasmian Bazar Melaka Kota Tun Fatimah di MITC, semalam.
(Foto Khairunisa­h Lokman /BH) Adly Zahari melawat gerai peniaga pada Majlis Perasmian Bazar Melaka Kota Tun Fatimah di MITC, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia