Berita Harian

Jual produk dalam Cantix

RTMPB perkenal portal e-niaga, hampir 20 selebriti tawar pelbagai barangan

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my Andai

sebelum ini, Che Puan Juliana Evans menjual perhiasan diri di bazar, penyertaan­nya dalam portal e-niaga Cantix bersama hampir 20 selebriti lain, membolehka­n dirinya menawarkan produk kepada pengguna di alam maya.

Pengenalan platform perniagaan melalui laman web itu direalisas­ikan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (RTMPB) melalui Xtra, mulai 23 Ogos lalu.

Portal e-niaga ini dijangka dapat menghimpun­kan lebih 40 artis dan personalit­i popular menjelang akhir tahun ini.

Seperti Juliana yang memasarkan barangan buatan eksklusif of @jevans.my, Cantix membolehka­n dirinya bersama teman seperjuang­an berkongsi bumbung niaga.

“Sudah hampir dua tahun saya mengeluark­an barang hiasan berupa gelang tangan, subang dan rantai leher yang menggunaka­n perincian mewah pada harga mampu milik. Selepas ini mungkin barangan lain pula akan menyusul dalam medium sama.

“Kewujudan Cantix memang tepat pada masanya. Apatah lagi, sekarang semakin ramai artis dan personalit­i agresif dengan bisnes masing-masing.

“Ini ditambah dengan peningkata­n permintaan kerana kebanyakan produk yang dihasilkan adalah eksklusif dan berkualiti,” katanya.

Bagi hos popular, Nana Mahzan, pengenalan portal e-niaga seperti Cantix bukan sekadar membuka peluang kepada penggiat dunia hiburan mengembang­kan perniagaan. malah memudahkan pengguna membeli-belah.

“Segala-galanya di hujung jari. Ini membuatkan pelanggan tidak perlu mengeluark­an kos petrol, bayaran tempat letak kereta dan sebagainya untuk mendapatka­n produk pilihan.

“Saya teruja menyertai Cantix disebabkan di ruang sama, kami berpeluang berinterak­si RTMPB; dengan pengguna secara terus.

“Selain itu, kepelbagai­an produk daripada selebriti lain membolehka­n pelanggan mendapatka­n keperluan di bawah satu bumbung,” katanya yang menjual berus mekap.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RTMPB, Johan Ishak, berkata sebagai permulaan, operasi Cantix di laman sesawang www.cantix.com.my menyenarai­kan produk 17 artis dan personalit­i popular.

“Dalam era digital, penggunaan media sosial semakin berganda apabila segala-galanya di hujung jari. Ini menjadikan medium ini sebagai platform perniagaan yang berpotensi berkembang maju.

“Cantix adalah landasan khas untuk selebriti melaksanak­an urus niaga dalam talian secara profesiona­l selain membuka lebih banyak peluang bagi tujuan promosi dan pasaran menyeluruh,” katanya ditemui pada majlis pelancaran portal e-niaga itu di Balai Berita di ibu negara, minggu lalu.

Barisan selebriti yang menawarkan produk dalam portal berkenaan adalah Nora Danish, Dynas Mokhtar, Nana Mahzan, Zoey Rahman, Scha Fadly, Datuk AC Mizal, Karl Shafek, Eika Azam dan karakter animasi popular, Ejen Ali.

Tambah Johan, Cantix bakal menjadi portal e-niaga interaktif pertama di Malaysia yang membenarka­n penstriman langsung oleh peniaga membabitka­n ulasan produk, selain menawarkan kemudahan sistem ‘dropship’.

“Pelbagai barangan yang menepati gaya hidup semasa ditawarkan dalam Cantix. Ini meliputi produk kosmetik, pakaian, barang kemas, hiasan diri dan tidak ketinggala­n produk milik peribadi atau barangan ‘preloved’ selebriti.

“Melalui proses jualan di Cantix, barangan yang dipesan akan dihantar secara langsung ke lokasi pelanggan. Setiap pemeringka­tan fasa pergerakan produk boleh dipantau sehingga tiba ke destinasi pembeli.

“Kemudahan pembelian juga menyenangk­an apabila pelanggan boleh membuat pilihan, tambahan ke troli pengguna dan melengkapk­an transaksi pembayaran menggunaka­n kad kredit, debit atau perbankan dalam talian,” katanya.

Pada masa sama, kata Johan, Cantix bakal menjalin kerjasama dengan beberapa rakan strategik untuk menambahka­n lagi penyertaan selebriti luar negara terutama dari Asia Tenggara.

Kewujudan Cantix memang tepat pada masanya. Apatah lagi, sekarang semakin ramai artis dan personalit­i agresif dengan bisnes masing-masing

Saya teruja menyertai Cantix disebabkan di ruang sama, kami berpeluang berinterak­si dengan pengguna secara terus

 ?? Grafikbh ??
Grafikbh
 ??  ?? Nana Mahzan
Nana Mahzan
 ??  ?? Juliana Evans
Juliana Evans

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia