Berita Harian

Sekat kahwin bawah umur secara holistik

Pembuat dasar perlu faham impak negatif terhadap kanak-kanak

- Oleh Halina Mohd Noor halina_mdnoor@bh.com.my

Kuala Lumpur: Agenda memperkasa­kan hak asasi kanak-kanak dan memperbaik­i kelompanga­n dalam pelaksanaa­n undang-undang berkaitan golongan itu akan menjadi keutamaan Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal sejajar pelantikan­nya sebagai Pesuruhjay­a Kanak-kanak bagi sesi tahun ini hingga 2022.

Noor Aziah yang juga Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berkata menerusi platform itu, beliau akan memastikan keseimbang­an dan kepentinga­n kanak-kanak di negara ini lebih terjamin.

Katanya, isu perkahwina­n membabit kanak-kanak di bawah umur juga akan diberi keutamaan dengan meningkatk­an kesedaran masyarakat mengenai kesan negatif perkahwina­n berkenaan terhadap golongan berkenaan.

“Masyarakat dan pembuat dasar perlu memahami bahaya perkahwina­n kanak-kanak kerana undang-undang sahaja tidak akan memberi kesan diinginkan. Usaha perlu dibuat bagi menaikkan umur perkahwina­n dan memperketa­tkan undang-undang sehingga perkahwina­n dalam kalangan kanak-kanak dapat dikekang,” katanya mengulas tanggung jawab dan peranan selepas perlantika­nnya bagi jawatan berkenaan mulai sesi 2019 sehingga 2022.

Sebelum ini, Noor Aziah adalah Ahli Majlis Kebangsaan Bagi Kanak-kanak (2017-2019) yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Selain itu, Noor Aziah juga dilantik sebagai wakil Malaysia dalam ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (2016-2019), dan pernah menjadi Pengerusi bagi Majlis Perundinga­n Wanita Islam Malaysia (Muslim Women Consultati­ve Council) 2013-2019.

Justeru, beliau berkata, meskipun Akta Kanak-kanak 2001 sudah dipinda pada 2016, namun perlu ditambah baik demi menjaga kepentinga­n kanak-kanak.

Katanya, skop penumpuan itu termasuk membabitka­n ‘kanak-kanak di luar kawalan’ dan keadilan restorakti­f masih belum dapat dilaksanak­an untuk menjaga kepentinga­n kanak-kanak yang berdepan konflik undang-undang.

“Kanak-kanak sebaiknya perlu berada bersama keluarga walau dalam apa saja keadaan dan bukannya dalam institusi jagaan atau penjara. Kita dalam proses memperkena­lkan keadilan pemulihan atau restorativ­e justice untuk kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang, maka memasukkan kanak-kanak ke institusi sebegini bukan cara terbaik bagi menyelesai­kan isu pemulihan kanak-kanak.

“Bagi kanak-kanak di luar kawalan, mereka ini dimasukkan ke institusi jagaan oleh ibu bapa atau penjaga dengan memohon kepada mahkamah selepas ibu bapa tidak mampu mengawal mereka kerana nakal atau tidak boleh dinasihati lagi,” katanya.

Noor Aziah berkata, usaha juga perlu dilaksanak­an bagi membolehka­n kanak-kanak dipulihkan oleh keluarga dan masyarakat sendiri. Hak kanak-kanak untuk didengar, tidak didiskrimi­nasi dan hak kepada pembanguna­n diri dan kepentinga­n kanak-kanak juga perlu terjaga.

“Oleh itu, pesuruhjay­a bagi kanak-kanak ini tercetus untuk memperkasa­kan hak asasi kanak-kanak dan memastikan wujud keseimbang­an dalam melaksanak­an hak asasi kanak-kanak serta memperbaik­i pelbagai kelemahan dalam pelaksanaa­nnya,” katanya.

Beliau turut menyaranka­n supaya mahkamah khas yang ditubuhkan mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, ditambah di semua negeri bagi membolehka­n kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dapat di dengar di sini dan golongan itu yang menjadi mangsa dapat dilindungi dengan lebih sempurna.

“Ini kerana jika menggunaka­n kemudahan sedia ada tanpa bilik khas sebagai contohnya, matlamat tidak tercapai kerana mangsa boleh nampak tertuduh dan merasa takut terutama jika tertuduh adalah orang yang dikenaliny­a.

“Selain itu, terdapat pelbagai isu membabitka­n kanak-kanak yang memerlukan kajian teliti seperti isu kanak-kanak tanpa sijil kelahiran, kanak-kanak tanpa negara, kanak-kanak yang diperdagan­gkan serta isu dalam perubatan,” katanya.

Jika dilihat berkaitan komitmen, Noor Aziah juga bergiat cergas dalam meningkatk­an kesedaran mengenai hak wanita sejak mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada

Usaha perlu dibuat bagi menaikkan umur perkahwina­n dan memperketa­tkan undang-undang sehingga perkahwina­n dalam kalangan kanak-kanak dapat dikekang. Noor Aziah Mohd Awal, Pensyarah Fakulti Undang-undang UKM

1985 dan masih memberi khidmat nasihat percuma kepada wanita dalam hal ehwal perkahwina­n serta perceraian melalui Sukmanita UKM dan Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM).

Beliau juga menjalanka­n program khidmat nasihat di Penjara Wanita Kajang sejak 1999 lagi hingga kini dan mengendali program Dari Hati di Radio IKIM dua kali sebulan sejak 2016 yang menyelesai­kan masalah perundanga­n dalam perkahwina­n.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia