Berita Harian

L’oreal Revitalift serlahkan keyakinan, kecantikan wanita

-

Kuala Lumpur: Penampilan seseorang nampak lebih berkeyakin­an apabila memiliki pakej yang lengkap dalam pelbagai segi termasuk berwajah jelita.

Jangan biarkan impian memiliki wajah cantik, berkulit mulus dan berseri itu punah begitu saja kerana banyak produk di pasaran boleh dipilih.

Produk kecantikan terbaharu L’oreal, iaitu Revitalift Crystal Micro-essence, umpamanya yang dirumus dengan teknologi mikro membantu wanita tampil lebih yakin kerana ia membantu mengatasi masalah kulit.

Teknologi mikro itu membolehka­n ia menembusi sehingga 10 lapisan kulit menggabung­kan bahan aktif yang bertindak mencerah selain bahan pemulihan kulit terbaik, iaitu Centella Asiatica.

Dengan penggunaan­nya kulit akan kelihatan berseri dan nampak berkilauan umpama kristal.

Pengarah Pemasaran L'oréal Paris Bahagian Produk Pengguna, Marina Khong, berkata pihaknya berhasrat memperkasa­kan wanita dengan meraikan kecantikan dan nilai wanita sejagat serta menggalakk­an mereka memenuhi hasrat tampil yakin, ceria dan memiliki kecantikan tersendiri.

Katanya, cara terbaik menampilka­n keyakinan diri adalah dengan memiliki kulit sihat dan berseri.

“Saya yakin jika anda menjaga penampilan pasti akan mengalami perubahan sempurna pada diri sendiri.

“Raikan kecantikan dan keunikan anda dengan kulit yang bersinar umpama kristal menerusi produk baharu ini,” katanya.

Produk baharu itu turut diperkaya dengan 92 peratus ekstrak Centella tulen berasal daripada Centella Asiatica, tumbuhan berkhasiat tumbuh di kawasan tanah lembap Asia.

Centella Asiatica mempunyai kepekatan tinggi flavonoid, triterpeni­c steroid, asid amino dan gula, satu kombinasi yang menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit bagi memperbaik­i dan meningkatk­an keanjalan kulit.

Ciri antioksida dalam tumbuhan ini dimanfaatk­an merawat parut jerawat dan mengurangk­an kekeringan, menghalusk­an pori, memperbaik­i tekstur dan mempercepa­tkan pertumbuha­n sel kulit baharu.

Selebriti tempatan, Siti Saleha Mohd Baharom, berkata beliau menggunaka­n rangkaian L’oréal Paris Revitalift setiap hari.

“Gaya hidup sibuk dan bekerja lama ketika di set penggambar­an membuatkan keletihan, kulit tidak bermaya dan menyebabka­n wujud garis halus pada wajah.

“Mengamalka­n produk ini ia dapat mengatasi masalah itu,” katanya.

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) ?? Khong bersama Siti Saleha menunjukka­n produk baharu L’oreal Paris Revitalift Crystal Micro-essence pada majlis pelancaran di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor/bh) Khong bersama Siti Saleha menunjukka­n produk baharu L’oreal Paris Revitalift Crystal Micro-essence pada majlis pelancaran di IOI City Mall, Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia