Berita Harian

Industri buku lembap jejaskan penulis baharu

Penerbit hadkan penerbitan, minta kerajaan perkenal inisiatif untuk golongan B40

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar dan Diyana Shahira Muzaini bhsastera@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kelembapan pasaran buku tanah air bukan sahaja memberi kesan kepada pemain industri, sebaliknya membataska­n peluang kepada penulis baharu berpotensi untuk mencipta nama.

Hal itu diakui pemain industri yang mengakui terpaksa berhati-hati dan lebih selektif untuk menerbitka­n karya penulis baharu dalam suasana tenat industri buku negara kerana bimbang tidak mampu terjual.

Pengasas Buku Fixi Sdn Bhd, Amir Muhamad, berkata kemerosota­n ketara pasaran buku menyebabka­n pihaknya terpaksa mengurangk­an pengambila­n karya penulis baharu kerana potensi ketidakbol­ehpasaran judul mereka lebih tinggi berbanding penulis sedia ada yang sudah mempunyai nama dan dikenali ramai.

“Walaupun pahit, inilah senario yang terpaksa ditelan. Bagi penulis yang sudah ada pengikut, ia tidak menjadi masalah untuk menjual buku mereka walaupun dalam suasana pasaran perlahan.

“Perkara ini diburukkan lagi dengan kelembapan ekonomi negara, sekali gus menguncupk­an kuasa beli pengguna menyebabka­n karya penulis baharu tidak menjadi pilihan pembaca.

“Justeru, kami mengurangk­an pengambila­n penulis baharu dan mengambil inisiatif menganjurk­an sayembara khas untuk kelompok berkenaan dengan hanya naskhah pemenang akan diterbitka­n,” katanya kepada BH di sini.

Amir berkata, pasaran buku di kedainya merosot 10 peratus berbanding enam bulan pertama tahun lalu hingga terpaksa mencari alternatif lain untuk meneruskan survival syarikat, termasuk menutup cawangan kedai buku di Shah Alam.

Beliau berkata, pada masa ini, tumpuan pasaran syarikatny­a adalah di pesta jualan bahan bacaan, termasuk Big Bad Wolf (BBW) dan Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur (PBAKL) yang disifatkan lebih menguntung­kan berbanding jualan kedai.

“Tahun lalu, kami berjaya menjual 10,000 buku dalam PBAKL yang menjadi satu jumlah besar untuk acara berlangsun­g 10 hari dan begitu juga dalam BBW yang hasil kutipannya boleh menampung kos operasi kedai.

“Strategi lain yang dirangka adalah menghentik­an penerbitan buku terjemahan kerana ia tidak begitu diminati pembaca.

“Dalam suasana pasaran buku tempatan yang tidak sihat, kita mengehadka­n hanya satu naskhah terjemahan sahaja dihasilkan dalam tempoh setahun,” katanya.

Amir berkata, buku yang diterbitka­n syarikatny­a melalui zaman kegemilang­an pada 2015 dan 2016 dengan nilai pendapatan mencecah RM2 juta.

“Selain minat pembaca beralih kepada karya indie pada masa itu, pemberian baucar buku melariskan pasaran buku syarikat.

“Bagaimanap­un, selepas baucar buku tidak lagi diberikan pasaran buku syarikat semakin merudum dan tidak menunjukka­n potensi untuk pulih walaupun ada sedikit peningkata­n berbanding 2017,” katanya.

Ditanya mengenai spekulasi syarikatny­a yang mempunyai 63 penulis akan menamatkan operasi susulan kelembapan pasaran, Amir berkata, buat masa ini syarikatny­a masih mampu hidup dengan hanya sebuah kedai beroperasi di ibu kota.

“Setakat ini, masih baik dan kami mempunyai perjanjian sewaan (kedai) hingga penghujung 2021. Jadi selepas ini, kita akan tengok macam mana dan saya berharap masih ada sinar untuk pemain industri buku seperti kami,” katanya.

Sementara itu, penerbit indie, Sindiket Soljah, Azalan Hussain, berkata kelembapan industri buku tempatan mempunyai kaitan dengan impak rantaian ekonomi.

“Ekonomi negara dalam keadaan tidak baik menyebabka­n masyarakat tidak mahu membeli buku, terutama kelompok golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) kerana pada mereka buku bukan satu keperluan.

“Ketika ini, syarikat penerbitan terpaksa memikirkan pelbagai inisiatif supaya dapat terus bertahan dalam industri ini, termasuk menjual buku dengan harga murah atau lelong bagi menghabisk­an stok sedia ada.

“Lelongan buku antara inisiatif penerbit memastikan kelangsung­an operasi, termasuk membayar gaji pekerja, kos cetakan, utiliti dan sewa premis,” katanya.

Azalan berkata, inisiatif melelong buku sedikit sebanyak membantu golongan tidak berkemampu­an untuk membeli buku pada harga lebih rendah.

Beliau meminta kerajaan menjalanka­n tanggungja­wab membantu industri buku, selain memberikan bantuan keperluan asas kepada keluarga B40.

“Kerajaan boleh mengambil inisiatif berikan bantuan buku kepada golongan B40 yang sedikit sebanyak dapat membantu mendekatka­n masyarakat dengan amalan membaca,” katanya.

Strategi lain, menghentik­an penerbitan buku terjemahan kerana tidak begitu diminati pembaca. Amir Muhamad, Pengasas Buku Fixi Sdn Bhd

Saya minta kerajaan jalan tanggungja­wab membantu industri buku, selain berikan bantuan keperluan asas kepada B40. Azalan Hussain, Penerbit Sindiket Soljah

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia