Berita Harian

Taat kepada pemimpin bukti hargai kemerdekaa­n

- Z Zaheril, Pensyarah Kanan Komunikasi Alpha College of Technology

Merdeka! Laungan ini bergema di setiap pelosok tanah air pada 31 Ogos lalu, lantas mengimbau perjuangan pemimpin terdahulu dalam membentuk negara bangsa yang bebas daripada cengkaman penjajah.

Namun, perlu diingat nikmat kemerdekaa­n ini perlu dihargai dan dijaga tanpa kompromi. Oleh itu, segenap lapisan rakyat harus menunjukka­n sikap taat kepada pemimpin sebagai elemen dalam menghargai erti kemerdekaa­n.

Atas dasar ini, seluruh rakyat Malaysia diseru taat kepada pemimpin dipilih melalui sistem demokrasi berparlime­n, iaitu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Ia perlu dititikber­atkan dalam menuju ke arah negara maju pada masa hadapan.

Taat kepada pemimpin juga menjadi tuntutan setiap bangsa, agama dan negara. Ini dilihat sebagai kematangan akal fikiran manusia, khususnya rakyat Malaysia dalam menilai setiap perbuatan dan perlakuan pemimpin terhadap pelaksanaa­n setiap perancanga­n, sebagai usaha memajukan negara merdeka ini.

Namun harus diingat, taat kepada pemimpin perlu ada batasannya. Justeru, anugerah akal fikiran perlu digunakan secara kritis tanpa membuta tuli dalam memperliha­tkan ketaatan kepada pemimpin.

Seorang pemimpin pula perlu mengamalka­n prinsip selaras Rukun Negara agar ditaati rakyatnya. Pemimpin wajar melihat setiap kekurangan diri, agar tidak dipersalah­kan kemudian hari.

Dengan itu, penilaian terhadap kekurangan dan kelebihan seorang pemimpin perlu sejajar kehendak agama, khususnya Islam. Ini sejajar sabda Rasullulla­h SAW: “Barang siapa taat kepadaku, maka sesungguhn­ya ia taat kepada Allah. Barang siapa taat kepada pemimpin, maka bererti ia taat kepadaku” (HR Muslim).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia