Berita Harian

Arab Saudi buru penjawat awam terbabit rasuah

-

Riyadh: Ketua Suruhanjay­a Anti Rasuah Arab Saudi, Mazen al-khamous yang baharu dilantik, mendedahka­n rancangann­ya untuk memburu pesalah rasuah dalam kalangan kakitangan biasa kerajaan.

Ia adalah susulan tindakan berprofil tinggi yang dilaksanak­an dua tahun lalu, yang menyasar ratusan putera raja, menteri dan ahli perniagaan terkemuka negara itu.

Pada 2017, anggota elit perniagaan dan politik Kerajaan Arab Saudi ditahan selama beberapa bulan di Hotel Ritz-carlton, Riyadh. Menurut pengkritik, ia adalah sebahagian rancangan Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman ke atas pencabar politiknya.

Mazen ketika memberitah­u stesen televisyen Al Arabiya TV, selepas dilantik ke jawatan itu pada Jumaat lalu, berkata beliau diarah memberi tumpuan bagi menamatkan rasuah birokrasi di negara pengekspor­t minyak terbesar dunia itu.

Beliau juga diminta mengemas kini segala maklumat dengan Putera Mohammed bin Salman pada setiap bulan.

“Selepas berjaya membebaska­n diri daripada pengaruh ketua perasuah, saya ingin menyampaik­an amaran keras daripada putera mahkota, yang mengarahka­n saya memberi tumpuan untuk menghapusk­an rasuah dalam kalangan penjawat awam peringkat sederhana dan rendah,” katanya. REUTERS Washington: Seorang lelaki bersenjata yang merampas sebuah trak pos Amerika Syarikat, sebelum melepaskan tembakan rambang di Texas, kelmarin, mengakibat­kan sekurang-kurangnya lima maut, dan ramai lagi mangsa cedera.

Suspek kulit putih berusia dalam lingkungan pertengaha­n 30-an berjaya ditembak mati, selepas berbalas tembakan dengan pihak polis.

Namun, identiti suspek dan punca beliau melakukan serangan di bandar Midland dan Odessa di barat Texas, masih belum diketahui.

Kejadian itu berlaku kurang sebulan selepas seorang lelaki bersenjata menembak 22 mangsa di bandar El Paso, Texas, sekali gus meningkatk­an desakan berhubung kawalan penggunaan senjata api.

“setakat ini tiga anggota polis turut cedera dalam kejadian ini,” kata Ketua Polis Odessa, Michael Gerke kepada wartawan.

Terdahulu, Jabatan Polis Odessa dalam laporan awalnya berkata, suspek memandu di sekitar Odessa dan melepaskan tembakan rambang, selain merampas trak pengangkut mel Amerika Syarikat.

“Anggota keselamata­n cuba menahan kenderaan terbabit di lebuh raya Interstate 20 dan sebelum ia berhenti, seorang pemandu lelaki (dan satu-satunya individu di dalam kenderaan itu) menghalaka­n senapang ke arah tingkap belakang lalu melepaskan beberapa tembakan.

“Ia mengakibat­kan seorang anggota keselamata­n cedera dan suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian, sebelum terus melepaskan tembakan ke arah mereka yang tidak bersalah,” kata Jabatan Keselamata­n Awam Texas dalam satu kenyataan.

Beberapa tembakan turut dilepaskan ketika suspek sedang memandu di lebuh raya yang menghubung­kan bandar Odessa dan Midland, apabila terdapat kereta dilaporkan dengan kesan tembakan.

“Saya baru mendapat tahu bahawa seorang rakan saya sudah meninggal dunia.

“Pengecut ini melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki seorang lelaki dan ahli keluargany­a, ketika mereka berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah,” kata Datuk Bandar Odessa, David Turner kepada Fox News. AFP

Pengecut ini melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki seorang lelaki dan ahli keluargany­a, ketika mereka berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah.

David Turner, Datuk Bandar Odessa

 ?? (Foto AFP) ?? Kereta peronda polis dan pita menghalang laluan ke lokasi insiden tembakan di pawagam Cinergy Odessa di Midland, Texas
(Foto AFP) Kereta peronda polis dan pita menghalang laluan ke lokasi insiden tembakan di pawagam Cinergy Odessa di Midland, Texas

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia