Berita Harian

Valverde bengang Osasuna ikat Barcelona

-

Madrid: Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengkritik pasukannya selepas seri 2-2 dengan Osasuna di laman lawan kelmarin dengan menyatakan beliau tidak faham kenapa mereka tidak menang perlawanan itu selepas mendahului 2-1.

Juara bertahan itu tampil tanpa kapten pasukan, Lionel Messi, Luis Suarez serta Ousmane Dembele dan ketinggala­n susulan rembatan voli Roberto Torres pada minit awal permainan.

Mereka mengubah kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan sulung pemain berusia 16 tahun, Ansu Fati - yang muncul penjaring gol termuda kelab itu dalam liga - dan Arthur Melo, namun Osasuna, yang mendapat sokongan padu penyokong mereka ternyata enggan mengalah.

Tuan rumah, yang kembali naik divisyen utama musim lalu selepas dua tahun menghilang, terus menekan Barca dan mereka menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum tamat apabila Torres menyempurn­akan sepakan penalti yang diberikan kerana Gerard Pique memegang bola.

“Kami langsung tidak bermain, kami memang teruk,” kata Valverde kepada wartawan selepas pasukannya hanya mengutip empat mata daripada tiga aksi pertama.

“Mereka mendahului dan kami tidak mampu menghampir­i kawasan mereka. Kemudian kami mendominas­i babak kedua, kami mendahului tapi mereka kembali dan menyamakan kedudukan menerusi penalti melucukan itu.

“Kami tidak boleh membiarkan perlawanan sebegini disia-siakan, kami perlu lebih mendesak di padang dan berterusan menyerang.”

Pertahanan Barca, Pique berasakan penalti itu seharusnya tidak diberikan ketika bola melantun ke tangannya ketika dia cuba menghalang satu hantaran lintang.

“Bagi saya ia bukannya penalti, saya tidak sempat untuk mengelak tangan saya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia