Berita Harian

Juventus ‘terhutang budi’

Jaringan sendiri Koulibaly bantu ranap Napoli dalam aksi sengit

-

Milan: Kalidou Koulibaly ‘menghadiah­kan’ kemenenang­an dramatik buat Juventus apabila menjaringk­an gol sendiri pada saat akhir yang mengecewak­an pasukannya Napoli dengan kekalahan 4-3, kelmarin.

Malah, kesilapan dilakukan pemain itu muncul selepas pasukannya bertungkus-lumus bangkit daripada ketinggala­n tiga gol untuk menyamakan kedudukan.

Pemain kebangsaan Senegal itu terkena sepakan percuma Paulo Dybala pada minit kedua masa tambahan yang membenarka­n Juve meraih tiga mata di Turin dan meletakkan pasukan kendalian Maurizio Sarri mendahului carta Serie A dengan enam mata.

“Satu jaringan sendiri yang begitu mengecewak­an saya kerana ia terjadi selepas kami melakukan kebangkita­n luar biasa,” kata Koulibaly. “Saya mohon maaf tetapi saya juga harus ... kami harus menerimany­a. Kami kuat. Kami sudah menunjukka­nnya. Kami akan membuktika­nnya.”

Kesalahan Koulibaly meranapkan setiap usaha kebangkita­n dilakukan Napoli pada baki setengah jam permainan yang menyaksika­n Danilo membuka tirai jaringan buat Juventus pada minit ke-16 iaitu 20 saat selepas dimasukkan dari bangku simpanan.

Rakan sepasukann­ya, Gonzalo Higuain - yang kembali ke Juve selepas dipinjamka­n ke AC Milan dan Chelsea - meledak gol kedua selang tiga minit kemudian manakala Cristiano Ronaldo menambah jaringan pada minit ke-61.

Bagaimanap­un, dua gol dihasilkan Kostas Manolas dan Hirving Lozano menjadi pencetus semangat buat Napoli untuk terus berjuang. Giovanni Di Lorenzo menjaringk­an gol ketiga dan penyamaan permainan pada baki sembilan minit perlawanan sekali gus menjadikan perlawanan bertambah sengit.

Namun dengan satu mata hampir pasti menjadi realiti, Koulibaly menutup tirai perlawanan dengan mimpi ngeri buat pasukan kendalian Carlo Ancelotti, menamatkan permainan dengan kekalahan 4-3.

“Kami hilang kawalan permainan dan rasa terganggu, jadi mereka mampu menyamakan kedudukan namun tuah memihak kami pada penghujung permainan dan kami menang,” kata Higuain.

Ancelotti dalam pada itu berkata: “Bukan satu prestasi yang positif. Satu jam pertama, kami tidak beraksi dengan baik. Namun dengan (ketinggala­n) 3-0 kami masih berada dalam permainan, kami bangkit semula.”

 ??  ?? Koulibaly terbaring selepas menjaringk­an gol sendiri pada saat akhir pertemuan antara Napoli dan Juventus.
Koulibaly terbaring selepas menjaringk­an gol sendiri pada saat akhir pertemuan antara Napoli dan Juventus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia