Berita Harian

Zulfiqar tak patah semangat

-

Kuala Lumpur: Meskipun sedar bakal berdepan laluan berliku untuk menjuarai acara pecut 100 meter (m) di temasya Sukan SEA Filipina nanti, namun ia tidak mematahkan semangat Muhammad Zulfiqar Ismail untuk terus berjuang demi negara.

Pelari berusia 20 tahun itu mempunyai misi ‚serampang dua mata‘ iaitu memperbaik­i catatan peribadi terbaik (10.40s) di temasya dwitahunan itu selain mahu memastikan Jalur Gemilang gah berkibar di Filipina.

“Saya mahu buat catatan peribadi terbaik dan menaiki podium di Filipina dalam acara pecut 100m nanti.

Walaupun saya rasa agak sukar untuk mendapatka­n pingat emas kerana kehadiran Lalu Muhammad Zohri (juara remaja dunia), tetapi saya cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Pencapaian terbaik semusim milik Zulfiqar adalah 10.41s yang direkodkan di Kuala Lumpur pada Mac manakala Lalu dari Indonesia memiliki kepantasan 10.03s yang dicipta di Jepun pada Mei.

Berdasarka­n data laman web Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa (IAAF), Lalu kini menghuni ranking pertama rantau Asia Tenggara dengan kepantasan 10.03s manakala Zulfiqar di tempat keempat dengan catatan 10.41s.

Kedudukan kedua milik Jirapong Meenapra dari Thailand (10.34s) dan ketiga disandang pelari negara, Jonathan Nyepa (10.37s).

Zulfiqar menjelaska­n Filipina bakal menyaksika­n pertembung­an buat kali ketiganya bersama juara remaja dunia itu selepas masing-masing bersaing merebut pingat dalam dua pentas kejohanan sebelum ini.

Pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-18 di Gifu, Jepun, tahun lalu, Zulfiqar yang merakam 10.46s meraih gangsa manakala Lalu bergelar juara dengan catatan 10.27s.

Pertembung­an kali kedua membabitka­n kedua-dua pelari berkenaan adalah di Kejohanan Olahraga Grand Prix (GP) Terbuka Malaysia Mac lalu apabila ia dijuarai Lalu manakala Zulfiqar memenangi perak.

 ??  ?? Muhammad Zulfiqar Ismail
Muhammad Zulfiqar Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia