Berita Harian

Medan persiapan Syafiq ke Filipina

-

Kuala Lumpur: Kejohanan Terjun Piala Asia 2019 di Bukit Jalil, di sini, minggu depan tidak dipandang ringan oleh Muhammad Syafiq Puteh meskipun tiga acara disertainy­a tiada dalam senarai perebutan slot ke temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penerjun berusia 24 tahun itu berkata dia bakal menyertai acara 1 meter (m) papan anjal individu lelaki, 3m papan anjal seirama lelaki bersama Gabriel Gilbert dan 3m papan anjal seirama campuran berganding­an dengan Nur Dhabitah Sabri.

Syafiq berkata Piala Asia yang dijadual pada 6 hingga 8 September ini akan menjadi medan persiapan buatnya menjelang Sukan SEA di Filipina nanti.

“Saya akan sertai tiga acara di Piala Asia nanti. Untuk acara 3m papan anjal individu lelaki, jurulatih lebih berikan tumpuan kepada Chew Yiwei dan Ooi Tze Liang, jadi saya ambil peluang untuk beraksi dalam acara 1m papan anjal individu.

“Saya bersyukur dapat beraksi untuk acara 1m papan anjal individu kerana dapat melakukan persiapan untuk Sukan SEA hujung tahun nanti.

“Misi saya sama seperti dua tahun lalu, mahu kekalkan emas untuk Malaysia dan saya harap dapat buat yang terbaik,” kata Syafiq yang memenangi emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 menerusi acara tiga meter papan anjal seirama campuran bersama Jasmine Lai Pui Yee.

Selain Syafiq, Malaysia membariska­n 11 lagi penerjun ke Piala Asia iaitu Ooi Tze Liang, Chew Yiwei, Hanis Nazirul Jaya Surya, Jellson Jabillin, Gabriel Gilbert. Selebihnya adalah penerjun wanita iaitu Pandelela Rinong, Nur Dhabitah Sabri, Jasmine Lai, Loh Zhiayi dan Ong Ker Ying.

Misi saya sama seperti dua tahun lalu, mahu kekalkan emas untuk Malaysia dan saya harap dapat buat yang terbaik.

Penerjun negara

 ??  ?? Muhammad Syafiq Puteh,
Muhammad Syafiq Puteh,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia