Berita Harian

Pahang sudah sedia pertahan kejuaraan berganda

-

Kuantan: Juara berganda musim lalu, Pahang melaungkan amaran betapa mereka sudah bersedia untuk mempertaha­nkan kejuaraan Piala Agong dan Piala Emas Rajaraja musim ini yang dijadualka­n bermula minggu depan.

Skuad Tok Gajah dijadual bertemu Terengganu selaku naib juara Piala Emas Raja-raja musim lalu bagi perebutan Piala Agong di Stadium Mini Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan pada 8 September ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Melayu Pahang (PBSMP), Nazeri Hussain melahirkan keyakinan mampu mempertaha­nkan kejuaraan Piala Agong selaku pembuka tirai musim ini.

“Sudah pasti kami berazam untuk mempertaha­nkan dua piala yang dimenangi musim lalu biarpun sedar saingan sengit bakal dihadapi. Kelebihan beraksi di laman sendiri menentang Terengganu di Pekan pada 8 September ini diharap memihak kepada Pahang,” katanya.

Sementara itu, bagi saingan Piala Emas Raja-raja ke-79 di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dijadualka­n bermula pada 14 September ini, Nazeri berkata pihaknya mendapatka­n khidmat bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof untuk memantapka­n pasukan.

Katanya, dengan pengalaman yang dimiliki bekas pemain Tok Gajah itu diyakini membantu memperkasa­kan pasukan.

“Musim ini, hanya tujuh pemain musim lalu dikekalkan manakala selebihnya kami menyenarai­kan pemain yang beraksi di liga tempatan.

“Dengan gabungan pemain lama dan baharu ini, kita harap semua pemain dapat beraksi dengan penuh semangat dan mempamerka­n prestasi terbaik seperti yang dipersemba­hkan musim lalu,” katanya.

Pada musim ini, Pahang diundi dalam Kumpulan C bersama Negeri Sembilan, Kelantan, Melaka dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan berlangsun­g bermula 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020. Malaysia diundi satu kumpulan bersama tiga pasukan dari ASEAN iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia serta kuasa besar bola sepak Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Jika dilihat secara realistik, bertemu sesama pasukan dari ASEAN sebenarnya memberi kelebihan kepada satu sama lain. Ini kerana semua negara pernah bertemu dalam perlawanan Piala AFF.

Mungkin sedikit menggusark­an dalam perlawanan menentang UAE. Namun berpegang kepada kata-kata ‘berpantang ajal sebelum maut’, UAE hanyalah satu lagi pesaing yang kuat dalam arena sukan bola sepak di rantau Asia.

Dalam kempen kali ini adalah lebih penting untuk tidak bolos dan menjaringk­an gol. Format kelayakan hanya melayakkan lapan juara kumpulan dan empat pasukan terbaik naib juara kumpulan untuk ke pusingan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan 12 pasukan ini akan layak secara automatik ke Piala Asia 2023.

Alangkah baiknya jika Malaysia hanya turun ke padang dengan satu matlamat iaitu menang semua perlawanan dan menjadi juara kumpulan. Tidak yakin? Bola itu bulat, apa pun boleh jadi dan tidak salah jika kita berharap sesuatu yang tinggi berbanding berasa kerdil dan hanya menjadi pelengkap jadual perlawanan.

Agak tidak keterlalua­n jika kita semua berharap dan menaruh harapan bahawa Malaysia mampu layak ke Piala Dunia 2022 secara merit. Tidak menjadi satu dosa juga jika kita semua berdoa supaya ia menjadi nyata.

Seluruh rakyat amat berharap supaya Malaysia mampu bermain di Piala Dunia kerana layak melalui pusingan kelayakan. Kita boleh bermimpi hingga ke syurga, waima terus bermimpi indah tanpa perlu terjaga dari lena yang panjang.

Kini, kita perlu berpijak dibumi nyata. Realitinya prestasi pasukan kebangsaan agak terumbang-ambing. Menyakitka­n untuk didengar, memedihkan untuk dikupas tapi realitinya ada depan mata.

Berdasarka­n pemain yang dipanggil untuk perlawanan persahabat­an menentang Jordan, dapat dilihat jelas Tan Cheng Hoe perlu berbuat sesuatu dengan barisan pertahanan supaya ia tidak mudah dibolosi lawan seterusnya menjaringk­an gol. Selain itu ketajaman serangan juga perlu diberi perhatian.

Pemain-pemain seharusnya bermain secara kolektif sebagai satu unit supaya dapat menjelmaka­n kemenangan buat pasukan negara. Tiada nama dibelakang yang lebih besar dari emblem di dada.

Pasukan negara akan memulakan kempen kelayakan dengan menentang pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada Khamis ini. Segala persiapan yang sepatutnya sudah pasti direncana dengan baik oleh Cheng Hoe. Tentunya beliau mempunyai resipi tersendiri dengan pemainpema­in yang dipilihnya.

Kini terpulang kepada barisan pemain negara untuk menjelmaka­n kemenangan dan menangkis segala kritikan. Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perkembang­an pasukan negara, hanya doa dan sokongan yang mampu diiringkan supaya pemain Harimau Malaya mampu memberikan kemenangan buat negara.

Kemenangan menentang Indonesia adalah hadiah paling manis dan bermakna untuk semua penyokong setia skuad Harimau Malaya. Usah gentar, kerana mereka juga seperti kita. Pemain bola sepak yang berlawan demi kemenangan. Tiada beza. Yang akan membezakan hanyalah keputusan selepas tamat perlawanan.

Kini tiba masanya. Gelanggang sudah dibuka, ilmu sudah pasti di dada, hanya kemenangan menjadi bual bicara. Semoga berjaya Harimau Malaya.

Dengan gabungan pemain lama dan baharu ini, kita harap semua pemain dapat beraksi dengan penuh semangat.

Nazeri Hussain, Setiausaha Kehormat PBSMP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia