Berita Harian

KBS sambut baik bidaan Selangor

-

Kuala Lumpur: Malaysia mampu menjadi penganjur temasya sukan bertaraf antarabang­sa berdasarka­n pengalaman sebagai tuan rumah sebelum ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata Malaysia tidak perlu berasa terlalu kecil andai berhasrat membida bagi penganjura­n Sukan Komanwel 2026.

“Sebagai sebuah negara, kita pernah menganjurk­an temasya sukan besar seperti Sukan Komanwel 1998 dan Sukan SEA. Jadi, dari aspek pengalaman, kita sudah ada.

“Namun, untuk melihat kepada keadaan masa kini, kita perlu mengadakan perbincang­an dengan pelbagai pihak. Ia bukan keputusan satu pihak saja.

“Kita perlu lihat banyak perkara termasukla­h teknikal, kesiapsiag­aan infrastruk­tur negara kita selain maklum balas daripada persatuan sukan kebangsaan. Jadi, ia bukan perkara yang boleh ditentukan satu pihak saja.

“Dari aspek pengalaman, memang kita sudah ada. Jadi, tidak perlulah kita berasa terlalu kecil untuk menganjurk­an Sukan Komanwel,” katanya ketika ditemui selepas saingan akhir eracing Grand Prix SEA di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai hasrat Selangor yang menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah utama sekiranya Malaysia membida bagi menganjurk­an Sukan Komanwel 2026.

Steven berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan cadangan yang boleh membantu memajukan sukan negara.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari terhadap cadangan yang beliau kemukakan di Sidang Kemuncak Sukan Antarabang­sa Selangor baru-baru ini.

“Bagaimanap­un, pelbagai pihak perlu duduk berbincang mengenai kemampuan infrastruk­tur dan sebagainya.

“Namun, saya fikir dengan cadangan yang dibuat kerajaan negeri Selangor itu, ia menunjukka­n keyakinan yang begitu tinggi kepada industri sukan negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia