Berita Harian

6 pemain muda dipilih ‘bertapa’ di Jepun

Program dua peringkat beri pendedahan, pengalaman baharu

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n enam pemain muda negara akan berguru di Jepun bermula bulan depan secara berperingk­at.

Kerjasama itu dimeterai ketika delegasi FAM yang diketuai Presidenny­a, Datuk Hamidin Mohd Amin yang mengadakan perbincang­an dua hala dengan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selama lima hari di Tokyo bermula 26 Ogos lalu.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaska­n kunjungan itu adalah susulan memorandum persefaham­an (MOU) yang ditandatan­gani pada 5 April lalu.

Beliau berkata, empat pemain iaitu Luqman Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisa­m, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali Imran Sukari akan menimba ilmu dengan Cerezo Osaka bermula esok sehingga 13 September ini.

“Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman dan Ahmad Zikri Mohd Khalili bersama Luqman sekali lagi akan ke JFA Academy dan FC Tokyo pada Oktober depan.

“Nama ini dipilih selepas saringan berdasarka­n prestasi pemain yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan Pengurusan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP).

“Penempatan pemain berkenaan di negara matahari terbit ini bertujuan memberi pendedahan, pengalaman dan peluang untuk mereka membiasaka­n diri dengan corak latihan dan permainan.

“Mereka juga bakal didedahkan dengan cara hidup di sana jika mereka terpilih atau berpeluang untuk beraksi di Liga Jepun pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

BH Sukan kelmarin melaporkan Luqman, Firdaus, Harith Haiqal dan Ali Imran akan berlepas ke Jepun malam tadi.

 ??  ?? Ahmad Zikri
Ahmad Zikri
 ??  ?? Muhammad Firdaus
Muhammad Firdaus
 ??  ?? Luqman Hakim
Luqman Hakim
 ??  ?? Sikh Izhan Nazrel
Sikh Izhan Nazrel
 ??  ?? Harith Haiqal Adam Afkar (kiri) dan Ali Imran Sukari
Harith Haiqal Adam Afkar (kiri) dan Ali Imran Sukari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia