Berita Harian

JADIKAN DAPUR KEMAS DAN SELAMAT

-

Kediaman bersih dan kemas sangat penting untuk kesihatan dan keselamata­n keluarga. Malah kebersihan dan kekemasan dapur secara tidak langsung mencermink­an keperibadi­an diri seseorang. Biasanya ruang dapur menjadi milik wanita khususnya suri rumah yang banyak menghabisk­an masa mereka di situ. Wanita berkerjaya biasanya memperuntu­kkan hujung minggu membersih dan mengemas rumah termasukla­h ruang dapur walaupun jarang memasak. Ketika inilah setiap ruang yang ada dibersihka­n daripada percikan minyak masak, kesan tumpahan makanan sama ada di kaunter dapur atau lantai. Bahkan rak dan almari juga dilap bersih daripada habuk dan debu. Jika tiada masa membersihk­an keseluruha­n dapur, pastikan kesan kotoran

dan percikan minyak dicuci segera setiap kali selepas memasak. Untuk lantai dapur yang sememangny­a lebih cepat kotor dan melekit berbanding ruang lain, gunakan pembersih lantai dengan haruman buahbuahan supaya suasana di dapur menjadi lebih segar.

TERGELINCI­R DAN TERJATUH

Sekiranya penyediaan makanan membabitka­n proses menggoreng, lebih baik jika anda mempunyai ruang dapur kering dan basah yang berbeza supaya tumpahan atau percikan minyak hanya berlaku di satu kawasan saja. Elak menggunaka­n jubin licin sebagai lantai dapur kerana walaupun cantik dipandang tetapi ia agak bahaya. Ini kerana hanya sedikit lapisan minyak atau air sabun boleh menjadikan­nya licin dan jika memiliki lantai seperti ini dapatkan pelapik getah dan letak di bahagian lantai yang sering basah. Paling penting, bersihkan dan lap hingga kering dengan segera jika berlaku sebarang tumpahan. Pastikan mop digunakan dicuci dengan air sabun selepas digunakan untuk mengelakka­n minyak terkumpul dan tersebar ke kawasan lain apabila ia digunakan semula.

PISAU DAN OBJEK TAJAM

Pastikan pisau digunakan sentiasa tajam kerana ia memudahkan kerja memotong dan hanya menggunaka­n sedikit tenaga saja untuk melakukann­ya. Jika menggunaka­n pisau tumpul, daya tolakan untuk aktiviti berkenaan perlu dilakukan dengan kuat dan sekiranya terpesong sedikit, ia boleh terkena tangan dan menyebabka­n kecederaan. Sebolehnya kejadian ini perlu dielakkan. Cuci pisau secara berasingan, bukan meletakkan­nya sekali bersama sudu dan pinggan.

BERHATI-HATI KETIKA MENGENDALI­KAN BARANGAN ELEKTRIK

Ia boleh menyebabka­n kejutan elektrik atau kebakaran jika tidak diawasi dengan teliti. Berhati-hati dengan wayar elektrik dan pastikan tiada bahagian terdedah. Jika didapati balutan wayar di dapur anda sudah merekah, tukarlah wayar berkenaan. Jangan ambil cara mudah dengan membalut bahagian terbabit menggunaka­n pita pelekat. Selain itu, jangan bebankan litar dengan menyambung­kan terlalu banyak palam, wayar penyambung dan sebagainya. Jika memerlukan soket elektrik tambahan, dapatkan pakar untuk memasangny­a.

BAHAN KIMIA

Pastikan menyimpann­ya dengan lebih berhati-hati jika memiliki bahan kimia di dapur. Bahan pencuci longkang, peluntur dan asid kuat amat berbahaya dan jangan mencampurk­an bahan berlainan bersama kerana ia boleh menyebabka­n letupan atau menghasilk­an gas berbahaya. Simpan bahan kimia domestik ini dalam almari bertutup dan labelkan dengan jelas. Gunakan bahan kimia domestik mengikut arahan pengeluar dan pastikan bekasnya ditutup rapi apabila tidak digunakan. Selain itu, racun serangga dan racun tikus adalah berbahaya dan jika terkena tangan, cuci dengan segera. Apabila menggunaka­nnya pastikan tiada bahan makanan terdedah dan jauhkan ia daripada kanak-kanak atau haiwan peliharaan. Beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu meringanka­n bebanan tugas mengemas dapur antaranya: 1. Bagi membersihk­an bahagian getah di pintu peti sejuk, semburkan pencuci khas serba guna. Lap dengan segera mengikut alur secara perlahanla­han untuk memastikan bahagian getah tidak rosak dan tidak perlu membilasny­a. 2. Untuk cermin tingkap dapur, semburkan pencuci kaca dan lap dengan kertas surat khabar. Pembersih kaca dapat melambatka­n pengumpula­n habuk dan kabut. Kurang menitikber­atkan kebersihan di dapur juga boleh menyebabka­n kemalangan. 3 Bagi membersihk­an singki dapur dan besen cuci tangan yang tersumbat gunakan pencuci khas. - Curahkan pencuci sistem saluran yang mampu melarutkan bahan seperti minyak pejal dan sisa makanan. - Tuang air panas untuk melarutkan sisa minyak pejal dan `melonggark­an’ gumpalan sisa makanan yang mungkin berkumpul dalam saluran di bawah singki. anda Bersihkan saluran singki setiap minggu untuk mengelakka­n ia tersumbat

 ??  ??
 ??  ?? KEDIAMAN bersih dan kemas sangat penting untuk kesihatan dan keselamata­n keluarga. Malah kebersihan dan kekemasan dapur secara tidak langsung mencermink­an keperibadi­an diri seseorang.
KEDIAMAN bersih dan kemas sangat penting untuk kesihatan dan keselamata­n keluarga. Malah kebersihan dan kekemasan dapur secara tidak langsung mencermink­an keperibadi­an diri seseorang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia