Berita Harian

Jasmine Suraya atur langkah selepas Back to You

Jasmine Suraya kaji setiap naskhah untuk pastikan kemunculan membekas di hati penonton

- Oleh Hanisah Selamat hanisah@bh.com.my Perjalanan­nya

memperkena­lkan bakat barangkali tidak semudah teman seangkatan lain. Kehadirann­ya hanya mula disedari selepas lima tahun bertatih.

Namun, perjalanan panjang itu tidak sesekali membuatkan Jasmine Suraya Chin kesal dengan laluan yang dipilih. Tempoh itu juga membuatkan Jasmine lebih menghargai peluang di depan mata.

Di sebalik keghairaha­n mencari peluang, anak kelahiran Bumi Kenyalang itu tidak sesekali lupa prinsip yang menjadi peganganny­a.

Segala tawaran yang datang tidak disambar begitu sahaja, sebaliknya Jasmine akan terlebih dahulu memperinci naskhah yang diterima sebelum memberikan kata persetujua­n.

Bukan cerewet, sebaliknya Jasmine mahu setiap kemunculan­nya meninggalk­an impak di hati penonton.

“Saya akui, tempoh lima tahun itu agak lama untuk memperkena­lkan bakat. Namun, perjalanan panjang itu mengajar saya banyak perkara.

“Saya sebenarnya teliti memilih watak untuk dijayakan, sama ada filem mahu pun drama. Tetapi, itu bukan bermakna saya cerewet.

“Saya juga bukan jenis pelakon yang akan kaut semua tawaran. Saya tidak mahu tenaga terbuang begitu sahaja jika karakter yang dijayakan tidak meninggalk­an impak.

“Tawaran sentiasa ada, malah saya terpaksa melepaskan dua peluang, baru-baru ini kerana watak diberikan tidak bersesuaia­n dengan misi saya,” katanya.

Baru tampil dalam telefilem, Back To You yang disiarkan menerusi 8tv sempena sambutan Hari Kebangsaan, Jasmine berkata, dia tidak ralat, meskipun namanya tidak segah artis lain.

Baginya, peluang bekerja dengan produksi yang bagus, selain berganding bahu dengan pelakon hebat membuatkan dirinya dihargai.

“Saya lihat ia sebagai bonus, malah sangat bertuah diberi ruang terbabit dalam karya hebat seperti Paskal. Saya banyak menimba ilmu daripada mereka yang lebih berpengala­man.

“Biarpun nama saya belum besar, saya bertuah dapat mendamping­i Namron, selain beraksi dalam filem pertama arahan Bront Palarae.

“Saya juga hargai peluang dapat berganding­an dengan Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Vanidah Imran ketika membintang­i Daulat.

“Semua itu saya anggap rezeki kerana bukan senang peluang seperti itu datang, tambahan pula nama saya belum terlalu menyerlah,” katanya mengimpika­n pelbagai watak mencabar.

Jasmine berkata, dia juga mempunyai impian untuk bekerja dengan ramai pengarah hebat, antaranya Shahruleza­d Mohameddin, selain melakonkan watak antagonis.

Meskipun tuntutan watak itu agak berat, selain berkemungk­inan membuatkan dirinya dibenci penonton, Jasmine tidak gentar mencuba.

“Saya suka mencabar diri, malah tidak kisah membawakan apa sahaja watak yang mampu memberi kekuatan kepada jalan cerita.

“Jika lakonan saya dibenci penonton, itu juga pencapaian kerana ia bermakna, saya berjaya menyelami watak dengan berkesan.

“Penonton sekarang juga semakin bijak menilai. Mereka hanya membenci karakter yang dibawa, bukan pelakon,” katanya.

Dalam keghairaha­n mencari peluang, Jasmine juga tidak terlepas dihimpit gosip. Gara-gara kemunculan penyanyi, Sufian Suhaimi pada majlis meraikan sambutan lima tahun pembabitan­nya sebagai anak seni, mereka dikatakan mempunyai hubungan istimewa.

Tidak berselindu­ng, Jasmine mengakui, dia menyukai personalit­i penyanyi itu, selain meminati lagu nyanyian Sufian, Di Matamu.

“Saya tidak takut dengan gosip, malah tiada apa yang perlu digusarkan kerana kami hanya berkawan baik. Saya pernah mengajakny­a keluar makan sebagai tanda terima kasih atas kesudianny­a menghadiri majlis yang saya anjurkan.

“Saya kagum dengan bakat yang dimiliki Sufian. Setakat ini, tiada pula yang mengecam, sebaliknya ramai yang mendoakan kami,” katanya.

 ??  ??
 ?? Grafikbh (Foto Faiz Anuar) ?? Pelakon telefilem Back To You, dari kiri Ernest Chong, Remon Lim, Jasmine, Azizah Mahzan pada sidang media di Shah Alam, baru-baru ini.
Grafikbh (Foto Faiz Anuar) Pelakon telefilem Back To You, dari kiri Ernest Chong, Remon Lim, Jasmine, Azizah Mahzan pada sidang media di Shah Alam, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia