Berita Harian

Puluhan peserta protes diberkas

Indonesia dakwa suspek bakar bangunan, bertindak ganas, melakukan provokasi

-

Jakarta: Polis Indonesia menahan puluhan individu di Papua, iaitu wilayah di timur negara itu, susulan tunjuk perasaan minggu lalu, yang mengakibat­kan beberapa bangunan musnah terbakar.

Wilayah berkenaan dicemari dengan rusuhan yang berlarutan selama dua minggu, susulan isu diskrimina­si etnik dan perkauman.

Malah, penunjuk perasaan turut mendesak pungutan suara menuntut kemerdekaa­n diadakan, tetapi ditolak pihak berkuasa.

“Seramai 28 suspek ditahan di ibu kota wilayah itu, iaitu Jayapura dan lebih ramai lagi mungkin diberkas.

“Kesemua mereka disyaki terbabit dalam kes merosak dan membakar hartanah, keganasan, provokasi dan melakukan rompakan.

“Mereka ditahan selepas menyertai tunjuk perasaan di Jayapura pada Khamis lalu,” kata jurucakap polis Papua, Ahmad Kamal menerusi telefon.

Suspek memusnahka­n kenderaan dan membakar bangunan, termasuk pejabat Parlimen tempatan serta lokasi menempatka­n firma syarikat telekomuni­kasi tempatan.

Bagaimanap­un, Ahmad berkata, keadaan kini semakin tenang.

Sementara itu, polis dalam satu kenyataan berkata, dua pelajar dipercayai suspek kes jenayah yang boleh menjejaska­n keselamata­n negara ditahan di Jakarta.

Antara bukti yang berjaya dirampas daripada mereka, adalah telefon bimbit, sehelai kemeja dan selendang yang tertera bentuk bendera ‘Morning Star’, iaitu simbol yang diharamkan di Papua.

Peguam dari bantuan guaman Jakarta, Michael Himan, berkata kedua-dua mereka ditahan di sebuah asrama Papua di Depok, yang terletak di selatan ibu negara itu pada Jumaat lalu.

“Mereka sudah didakwa atas niat menjejaska­n perpaduan negara,” kata Michael kepada Reuters.

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota polis berpakaian biasa mengiringi suspek kejadian rusuhan di Jayapura, wilayah Papua.
(Foto AFP) Anggota polis berpakaian biasa mengiringi suspek kejadian rusuhan di Jayapura, wilayah Papua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia