Berita Harian

Senarai rahsia Cheng Hoe

Tan Cheng Hoe sahkan sudah ada bayangan senarai pemain Harimau Malaya yang akan dipertaruh­kan untuk mengecewak­an Indonesia pada aksi kelayakaan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Jakarta, Khamis ini.

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengakui sudah mempunyai bayangan barisan pemain kesebelasa­n utama bagi aksi pembukaan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Khamis ini.

Beliau bagaimanap­un berkata, barisan kejurulati­hannya masih memiliki masa beberapa hari memuktamad­kan barisan utama terbaik dalam memastikan keputusan positif dapat dicapai dari gelanggang lawan.

Malah, bekas pengendali Kedah itu juga tampak berpuas hati dengan persembaha­n beberapa pemain yang baharu dipanggil termasuk Hadin Azman, Brendan Gan dan J Partiban selepas aksi pemanas badan berdepan Jordan, Jumaat lalu.

“Saya rasa kami barisan kejurulati­han sudah ada bayangan kesebelasa­n utama untuk menentang Indonesia. Tetapi masih ada empat atau lima hari lagi untuk latihan dan yang penting saya nak pemain pulihkan segala tenaga mereka,” katanya, semalam.

Selepas berdepan Indonesia, skuad Harimau Malaya akan meneruskan aksi kedua Kumpulan G berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 September ini.

Justeru, Cheng Hoe menjelaska­n bahawa beliau perlu menilai dari semua aspek untuk memilih pemain berdepan Indonesia bagi memastikan tidak menjejaska­n persiapan berdepan UAE.

“Kita ada Safawi yang beraksi dengan baik. Begitu juga Hadin yang sudah lama tidak beraksi bersama skuad kebangsaan. Kami kena ada pilihan terbaik untuk pasukan kerana selepas Indonesia, kami akan menentang UAE pula,” katanya.

Selain itu, Cheng Hoe turut menegaskan Harimau Malaya tidak perlu memikirkan soal keselamata­n untuk bertandang ke gelanggang Indonesia dan menyerahka­n perkara itu kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“FAM dan PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) sudah beberapa kali mengadakan siri perbincang­an mengenai aspek keselamata­n.

“Bagi saya pemain tidak perlu tertekan dan apa yang penting kami perlu fokus kepada latihan serta permainan untuk mendapatka­n keputusan positif di sana nanti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia