Berita Harian

Mane naik angin

Kejayaan sedikit tercalar apabila Mane buat hal

-

Bintang Liverpool, Sadio Mane mencuri perhatian ketika Liverpool mencipta rekod melakar 13

kemenangan tanpa kalah saingan EPL selepas membenam Burnley, 3-0 di Stadium Turf Moor kelmarin, apabila tiba-tiba berang sejurus digantikan hanya dua minit selepas Mohamed Salah tidak mengumpan bola kepadanya dalam kotak penalti.

Burnley: Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool mencatat rekod baharu kelab dengan 13 kemenangan berturut-turut dalam liga teratas selepas menewaskan Burnley 3-0, sekali gus mengekalka­n kelebihan dua mata ke atas juara bertahan Manchester City.

Dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan musim ini, skuad kendalian Jurgen Klopp menuju ke rehat perlawanan antarabang­sa dengan semangat membara selepas satu lagi persembaha­n meyakinkan oleh juara Eropah itu.

“Pemain beraksi dengan sempurna. Saya sukakan permainan mereka dan ia kemenangan yang layak buat kami,” kata Klopp.

Sadio Mane dan Roberto Firmino menemui sasaran selepas jaringan sendiri Chris Wood mengecewak­an benteng kental Burnley pada awal permainan.

Satu-satunya aspek negatif buat Klopp ialah reaksi Mane selepas dikeluarka­n, dua minit selepas Mohamed Salah memilih untuk melakukan percubaan solo walaupun penyerang Senegal itu berada dalam kedudukan lebih baik.

Klopp bagaimanap­un berkata, perkara itu sudah diselesaik­an dalam bilik persalinan dan pengendali dari Jerman itu tidak akan membiarkan situasi berkenaan merencatka­n misi pasukan, yang sudah mengharung­i 21 perlawanan EPL tanpa kekalahan, untuk memburu gelaran liga pertama sejak 1990. “Kami beraksi cemerlang, banyak situasi 50-50 kerana hantaran jauh, tetapi kami kerap memulakan gerakan dari belakang. Ada ketika kami bermain dengan begitu baik. Semuanya lengkap,” kata Klopp.

Pengendali Burnley, Sean Dyche pula akur dengan kekalahan berkenaan yang berpunca daripada kesilapan mereka sendiri.

“Anda tidak boleh memberikan kelebihan kepada pasukan seperti ini. Mereka akan menghukum kita. Sebaik mereka mendapat bola mereka akan menyakitka­n anda,” kata Dyche.

Rekod deretan kemenangan Liverpool sebelum ini dicatat antara April dan Oktober 1990, ketika pasukan dikendali Kenny Dalglish.

 ?? (Foto REUTERS) ??
(Foto REUTERS)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia