Berita Harian

Zaini, Shaykh Abdullah Tokoh Maal Hijrah

-

Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah diiringi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof bergambar bersama Tokoh Maal Hijrah Antarabang­sa, Shaykh Abdullah Shaykh Al-mahfoudh Bayyah (dua dari kiri) dan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang (kanan) pada Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

Putrajaya: Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan, Datuk Seri Dr Zaini Ujang menyifatka­n pengiktira­fan yang diterima sebagai peluang untuknya terus komited memberi sumbangan kepada negara terutama dalam isu alam sekitar.

Beliau yang juga Bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) berkata, antara sumbangan yang ingin diberikan termasukla­h menjadikan sungai dan tandas awam di negara ini bersih seterusnya memberi keyakinan kepada masyarakat Islam untuk beribadat.

“Orang Islam dalam hidupnya sentiasa mencari air dan tanah bagi melaksanak­an tanggungja­wab mereka (beribadat). Jika kita mahu solat, kita perlu mencari air untuk berwuduk, sekiranya tidak ada air kita akan mencari tanah untuk urusan bertayamum dan atas sebab itu kita perlu melestarik­an air dan tanah supaya ia tidak tercemar.

“Untuk menjaga kelestaria­n alam sekitar adalah tugas kita semua, ia bukannya tugas ahli akademik, bukan juga tugas menteri mahupun pegawai alam sekitar kerana ini adalah keperluan kita semua,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa (PICC), di sini semalam.

Terdahulu, Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah berkenan mengurniak­an anugerah berkenaan.

Menerusi anugerah itu, Zaini menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 daripada kerajaan dan RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi beserta pingat dan sijil penghargaa­n.

Zaini dikenali sebagai ahli akademik serta pemimpin perkhidmat­an awam yang boleh melakukan pelbagai tugasan yang diberikan.

Beliau juga pernah menjadi Naib Canselor universiti awam termuda dalam sejarah Malaysia ketika berusia 43 tahun.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ??
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia