Berita Harian

Nostalgia 21 tahun terakam semula

Tempoh percubaan tiga bulan, perkhidmat­an mudahkan pengguna

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sehari selepas sambutan kemerdekaa­n, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) ‘menghadiah­kan’ penduduk di ibu negara dengan perkhidmat­an bas mini selepas hampir 21 tahun dihentikan.

Pada hari pertama dilancarka­n, penulis merasai sendiri pengalaman menaiki bas itu yang ternyata sangat bersih, selesa, dan dilengkapi pendingin hawa serta kerusi baharu.

Perjalanan penulis bermula dari Stesen Bas Ampang Point menuju ke Hab Bukit Indah, Ampang, mengambil masa kira-kira 15 minit.

Sepanjang perjalanan itu, penulis dapat melihat pemandanga­n menarik sekitar Ampang, termasuk penempatan kawasan penduduk di rumah Minangkaba­u.

Lebih mengujakan, pemandu bas itu amat peramah dan bertindak seolah-olah pemandu pelancong sehingga membuatkan penulis berasa bagaikan seorang pelancong.

Walaupun sambutan kurang memberangs­angkan pada hari pertama perkhidmat­an, penulis yakin operasi bas mini itu akan mencapai matlamatny­a untuk menggalakk­an lebih ramai pengguna pengangkut­an awam.

Selain mengutamak­an aspek kebersihan dan keselesaan, kadar tambang 80 sen secara pembayaran elektronik atau kad My50 dan My100 adalah amat berpatutan.

Kadar tambang yang murah sudah tentu menjadi daya penarik perkhidmat­an bas mini ini selama tempoh percubaan selama tiga bulan yang akan berakhir hujung November ini.

Ketika mahu meninggalk­an bas itu, pemandu mengukir senyuman dan mengucapka­n terima kasih kepada penulis. Ketika itu terdetik dalam hati untuk merasai sekali lagi pengalaman menaiki bas mini dalam masa terdekat.

Sementara itu, seorang pengguna, Maria Victoria Goh, 49, ketika ditemui, berkata perkhidmat­an bas mini ini sesuai untuk laluan di kawasan padat dan sempit seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) .

“Penduduk kawasan PPR kerap terlewat ke tempat kerja kerana bas biasa mengambil masa yang lama untuk masuk ke kawasan PPR.

“Bas mini ini diharap dapat meningkatk­an dan memperbaik­i perkhidmat­an di kawasan itu,” katanya.

Lydiana Kamaruddin, 34, berkata bas mini baharu ini jauh berbeza dengan bas mini merah jambu usang dan tidak dilengkapi pendingin hawa yang pernah beroperasi di ibu kota dulu.

“Bas mini ini bukan seperti yang digunakan pada tahun 1980-an dulu, ia jauh lebih moden dan memudahkan pengguna,” katanya.

Bas mini menjadi sistem pengangkut­an awam yang penting dan kehadiran kenderaan ini adalah pemandanga­n biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an.

Bas mini yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkut­an awam paling murah pada masa itu.

Perkhidmat­an bas mini diperkenal­kan pada 1975 dan ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabung­kan perkhidmat­an pengangkut­an awam di ibu negara.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [Foto Rohanis Shukri/bh] ?? Orang ramai menggunaka­n bas mini yang dilancarka­n semalam.
[Foto Rohanis Shukri/bh] Orang ramai menggunaka­n bas mini yang dilancarka­n semalam.
 ??  ?? Maria Victoria Goh
Maria Victoria Goh
 ??  ?? Lydiana Kamaruddin
Lydiana Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia