Berita Harian

SUHAKAM syor kerajaan guna Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi

Data 0.4 peratus terlalu rendah, tidak gambarkan realiti kos sara hidup sebenar

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengesyork­an kerajaan menggunaka­n Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI), dalam rancangan pembanguna­n lima tahun yang akan datang bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia.

SUHAKAM dalam satu kenyataan berkata, pengiraan itu lebih tepat dan berkesan berasaskan kepada penafian hak berkaitan pendidikan, kesihatan dan taraf kehidupan yang berkadaran, melalui pengiraan kadar kemiskinan yang melangkaui dimensi pendapatan.

“Pengiraan kadar kemiskinan yang lebih tepat akan membolehka­n pembuat dasar mengenal pasti dan menyasarka­n program pembasmian kemiskinan kepada isi rumah, kumpulan dan individu yang memerlukan bantuan dan sokongan.

“Dasar Kerajaan untuk B40 jelas menuju ke arah pelaksanaa­n MPI bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) (2021-2025), yang akan dijajarkan dengan inisiatif kemakmuran bersama berasaskan tiga dimensi, iaitu pemerkasaa­n ekonomi, kemapanan alam sekitar serta kerekayasa­an sosial,” menurut kenyataan itu, semalam.

Baru-baru ini, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Berhubung Kemiskinan Tegar dan Hak Asasi Manusia, Prof Philip Alston, mendakwa kadar kemiskinan Malaysia pada 0.4 peratus tidak tepat, dan menurutnya kayu ukur kadar kemiskinan antara 15 ke 20 peratus adalah lebih realistik.

SUHAKAM mengakui bahawa pengiraan rasmi untuk kadar kemiskinan di Malaysia yang menunjukka­n kemiskinan tegar adalah terlalu rendah, tidak menggambar­kan dengan tepat realiti kos sara hidup di bandar dan luar bandar di negara ini.

Dalam pada itu, SUHAKAM turut mencadangk­an agar program pembasmian kemiskinan yang berasaskan hak asasi manusia dilaksanak­an dalam perancanga­n dasar.

“SUHAKAM percaya bahawa program itu seharusnya memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan, peluang pekerjaan, pendidikan berkualiti, pertumbuha­n inklusif dan merapatkan jurang pendapatan, dan bukan sahaja langkah bagi menangani kemiskinan semata-mata,” tambah kenyataan itu.

Pengiraan kadar kemiskinan yang lebih tepat akan membolehka­n pembuat dasar mengenal pasti dan menyasarka­n program pembasmian kemiskinan. Kenyataan SUHAKAM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia