Berita Harian

Kerajaan sedia kekal pencen kakitangan awam

-

Kyoto: Kerajaan akan mengekalka­n Skim Pencen Perkhidmat­an Awam sehingga satu mekanisme baharu dirancang untuk mengurangk­an bebanan kewangan negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, tiada keputusan dicapai berkaitan perkara itu dan ia belum dibincangk­an pada peringkat Kabinet, tetapi mengakui pembayaran pencen kini menjadi beban kewangan besar kepada kerajaan.

“Kami akan meneruskan skim pencen sedia ada, tetapi kami masih mencari jalan supaya kerajaan mampu berbuat demikian,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja beliau ke Kyoto, Jepun semalam.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Borhan Dolah, dilaporkan berkata, lantikan baharu dalam perkhidmat­an awam mungkin tidak lagi dibuat di bawah skim tetap dan berpencen sebaliknya digantikan dengan skim lantikan kontrak yang ditambah baik bermula tahun depan.

Borhan berkata, langkah itu diputuskan dalam mesyuarat jawatankua­sa khas pembaharua­n perkhidmat­an awam pada Oktober 2018 yang mahukan perkhidmat­an awam dikecilkan secara berfasa dan berdasarka­n keperluan, selain mengurangk­an bebanan pencen yang kini mencecah RM28 bilion.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata, tiada permintaan ekstradisi penceramah bebas Dr Zakir Naik diutarakan oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi, ketika pertemuan beliau dengan pemimpin negara itu.

“Dia menyebut nama (Zakir) sahaja, tapi tak ulas. Dia cakap sekali je tentang Zakir Naik,” katanya sambil menambah tumpuan Modi sepanjang perjumpaan itu adalah untuk menerangka­n situasi di Jammu-kashmir.

Dr Mahathir dan Modi mengadakan pertemuan dua hala ketika menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) Ke-5 di Vladivosto­k, Russia baru-baru ini.

Sebelum ini media India melaporkan bahawa Modi meminta Dr Mahathir mengambil langkah untuk mengekstra­disi pendakwah kelahiran India itu yang dikehendak­i New Delhi atas dakwaan menghasut keganasan dan pengubahan wang haram.

Kami akan meneruskan skim pencen sedia ada, tetapi kami masih mencari jalan supaya kerajaan mampu berbuat demikian.

Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia