Berita Harian

‘Segerakan bon Samurai kedua’

Malaysia dapat persetujua­n Kerajaan Jepun pada kadar faedah rendah

-

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu terbitan bon Samurai kedua menjadi kenyataan pada tahun ini kerana kadar faedah ditawarkan adalah sangat rendah.

Beliau berkata, Malaysia sudah mendapat persetujua­n Kerajaan Jepun bagi terbitan bon berkenaan pada kadar faedah 0.5 peratus, iaitu lebih rendah berbanding 0.63 peratus yang ditawarkan Mac lalu.

“Tidak ada bank yang boleh menawarkan kadar faedah serendah itu... Bagaimanap­un, terpulang kepada Menteri Kewangan, sebab dia yang menguruska­n (bon Samurai),” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di akhir lawatannya ke Kyoto, Jepun, semalam.

Mengenai nilai bon yang akan diterbitka­n kali ini, Dr Mahathir berkata ia akan lebih tinggi berbanding ¥200 bilion (RM7.34 billion) sebelum ini.

Bulan lalu, Perdana Menteri mengumumka­n kerajaan sedang mempertimb­angkan satu lagi terbitan bon Samurai.

Mengenai pendapat pakar kewangan yang mengatakan langkah kerajaan menerbitka­n bon baharu adalah berisiko tinggi, Mahathir berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan pandangan pakar.

“Ada yang kata amat bahaya kalau kita guna bon Samurai kerana mungkin nilainya naik, itu satu kemungkina­n tetapi kalau kita tidak tukar, kita guna pinjaman yang dikenakan kadar faedah enam hingga tujuh peratus maka itu akan tetap membebanka­n kita,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan mendengar pendapat pakar sebelum meneruskan penerbitan bom Samurai kedua itu.

“Kita kena dengar pendapat pakar kerana saya bukan pakar. Malah, saya bukan pakar ekonomi. Jadi pendapat saya berkenaan ekonomi pun tidak betul. Tetapi entah macam mana negara kita dapat dibangunka­n semasa saya jadi perdana menteri dulu,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Mahathir pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kyoto, Jepun, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Mahathir pada sidang media sempena lawatan kerja ke Kyoto, Jepun, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia