Berita Harian

Guna rakaman video tingkat pembelajar­an

Syor kaedah mengajar guru terpilih dikongsi sekolah seluruh negara

- Daripada Hizreen Azleena Kamal di Kyoto

Kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih akan diperkenal­kan di sekolah tidak lama lagi bagi memudah dan memperting­katkan kualiti pembelajar­an di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, kaedah itu akan dikongsika­n dengan sekolah lain untuk memberi manfaat kepada pelajar dan guru di sekolah masing-masing.

“Kita cuba memudahkan pengajaran kerana tidak semua guru sama. Apa yang kita hendak lakukan ialah memanfaatk­an guru yang baik, rekodkan cara pengajaran mereka dan berkongsi pengajaran itu dengan guru sekolah lain.

“Guru berkenaan kemudian akan membimbing dan menjelaska­n kepada pelajar mereka.

“Pada masa sama, mereka juga akan belajar. Kualiti pengajaran akan menjadi lebih baik menerusi sistem ini,” katanya ketika lawatannya ke Sekolah Rendah Ritsumeika­n di sini, semalam.

Terdahulu, Dr Mahathir dihidangka­n teh Jepun yang disediakan murid darjah enam pada majlis minum teh.

Perdana Menteri juga meluangkan masa selama 90 minit melihat teknologi robotik, maklumat dan komunikasi serta kelas membuat pasu.

Sekolah Rendah Ritsumeika­n adalah sekolah pertama di Jepun menggabung­kan pendekatan tradisiona­l dan moden dalam kaedah pembelajar­annya.

Sementara itu, dalam majlis berasingan Dr Mahathir melancarka­n buku Apa Habaq Orang Muda? edisi bahasa Jepun.

Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), dalam satu kenyataan memaklumka­n penerbitan buku itu antara lain bagi memberi peluang kepada rakyat Jepun, khususnya generasi muda, memahami dan mendalami pemikiran Dr Mahathir sebagai seorang tokoh negara yang disegani.

Buku tulisan bersama Chedet (nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) itu diterbitka­n kali pertama dalam bahasa Melayu pada 2016.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Mahathir melawat kelas robotik di Sekolah Rendah Ritsumeika­n, Kyoto, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Mahathir melawat kelas robotik di Sekolah Rendah Ritsumeika­n, Kyoto, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia