Berita Harian

Seri Paduka titah henti ceroboh Sungai Ichat

-

Cameron Highlands: Keprihatin­an Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, terhadap isu alam sekitar tidak dapat dinafikan apabila baginda berkenan mencemar duli meninjau tapak penceroboh­an Sungai Ichat dekat Kuala Terla di sini, semalam.

Dalam kunjungan sulung ke tanah tinggi itu sejak ditabalkan sebagai Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah menitahkan semua pihak supaya menghentik­an segera penceroboh­an terhadap kawasan tadahan air Kuala Terla, khususnya Sungai Ichat di bawah Mukim Ulu Terlom.

Al-sultan Abdullah bertitah, penceroboh­an tanah itu menyebabka­n Sungai Ichat yang juga antara sumber air kepada Loji Air Kuala Terla selain Sungai Terla bukan sahaja menjejaska­n alam sekitar, malah berisiko memudaratk­an orang ramai.

“Sungai Ichat ini satu sumber air yang diperlukan kawasan persekitar­an ini. Kalau itu (sungai) diracuni, mungkin tiada lagi sumber lain.

“Setakat ini kualiti sungai tidak baik dan sekarang kerajaan sedang dalam proses membersihk­annya. Kita mahu mana-mana mereka yang menceroboh harus berhenti kerana akibat penceroboh­an ini akan memudaratk­an pihak tertentu,” titah baginda.

Al-sultan Abdullah juga menitahkan semua pihak supaya bekerjasam­a antara satu sama lain dengan mengetepik­an perbezaan fahaman politik dalam memastikan usaha mengatasi serta menghapusk­an penceroboh­an tanah di sekitar Cameron Highlands khususnya Sungai Ichat berhasil.

“Kerajaan Pahang memang memandang serius perkara ini. Sebab itu tindakan meroboh dan ambil balik tanah (yang diceroboh) dipergiatk­an dan Kerajaan Pusat sedang memerhati serta menyokong tindakan ini,” titah Seri Paduka. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Al-sultan Abdullah meninjau keadaan Sungai Ichat yang diceroboh di Kuala Terla, Cameron Highlands, semalam.
(Foto BERNAMA) Al-sultan Abdullah meninjau keadaan Sungai Ichat yang diceroboh di Kuala Terla, Cameron Highlands, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia