Berita Harian

Langkah daftar penginapan perlu disegera

-

Kuala Lumpur: Pemilik kediaman di negara ini yang menyewakan rumah atau bilik kepada pelancong asing, termasuk secara dalam talian menerusi portal tempahan, Airbnb, perlu segera mendaftar operasi masing-masing dengan pihak berkuasa, bagi mengelak tindakan undang-undang.

Ketika ini, perbuatan itu boleh dikenakan tindakan oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992 sebab menawarkan perkhidmat­an tidak berdaftar, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh bertindak terhadap mereka mengikut undang-undang kecil kerana menyediaka­n khidmat penginapan tanpa lesen.

Walaupun dua langkah penguatkua­saan itu boleh diambil tetapi ketika ini MOTAC dan PBT masih berlembut apabila memberi peluang kepada pengusaha terbabit untuk mendaftark­an premis masing-masing.

Pengarah MOTAC Terengganu, Zanariah Zakaria, berkata pihaknya mengumpul maklumat bagi menentukan jumlah sebenar rumah atau bilik penginapan tidak berdaftar di negeri ini.

“MOTAC negeri mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pemilik penginapan persendiri­an dan ‘memujuk’ mereka supaya mendaftark­an perkhidmat­an masing-masing.

“Pemilik penginapan persendiri­an ini sebenarnya boleh dikenakan tindakan dan kompaun mengikut Akta Industri Pelanconga­n 1992 kerana menawarkan perkhidmat­an tidak berdaftar,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman, mengakui kebanyakan pemilik penginapan di negeri itu menjalanka­n operasi tanpa kebenaran.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, Liow Cai Tung, menegaskan peraturan operasi penginapan tidak berdaftar perlu dikuatkuas­akan segera demi mengawal selia dan melindungi pemilik serta pelancong.

“Johor setuju dengan akta atau peraturan ini, tetapi ia bukan untuk mengganggu operasi mereka, sebaliknya sebagai langkah mengawal selia dan memudah cara pelaksanaa­n supaya semua yang terbabit dilindungi.

“Akta ini juga boleh melihat bagaimana pengusaha penginapan boleh dikenakan sistem percukaian seperti hotel biasa. Saya percaya menerusi langkah ini menjadikan sektor pelanconga­n berkembang dengan persaingan sihat, ” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia