Berita Harian

Setuju dikenakan cukai pelanconga­n

-

Kuala Lumpur: Portal khidmat pemasaran penginapan dalam talian berpangkal­an di Amerika Syarikat, Airbnb, bersetuju jika Malaysia mahu mengenakan cukai pelanconga­n terhadap pengguna kemudahan bilik atau rumah yang ditawarkan pengusaha berdaftar dengannya.

Ketua Dasar Awam Airbnb bagi Asia Tenggara, Mich Goh, mengakui ketika ini pelancong asing yang menyewa penginapan untuk jangka pendek tidak tertakluk kepada cukai pelanconga­n berkadar RM10 semalam di negara ini.

“Itu sebabnya kami menyokong supaya pindaan terhadap cukai pelanconga­n ini dilakukan dan kami kini dalam perbincang­an dengan Kementeria­n Kewangan berhubung langkah itu. Apabila dilaksanak­an dengan betul, kami percaya cukai pelanconga­n adalah adil, terbukti dan cara mampan untuk meningkatk­an pendapatan tambahan.

“Kita bekerjasam­a dengan lebih 400 pihak berkuasa di seluruh dunia bagi mengutip cukai seumpama itu dan sehingga kini berjaya membuat kutipan lebih RM4 bilion. Dalam hal ini, kami berbeza pandangan dengan mereka yang menentang pelaksanaa­n cukai pelanconga­n,” katanya dalam satu kenyataan kepada BH.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan BH mengenai penginapan yang dipromosik­an menerusi Airbnb yang didakwa menjejaska­n operasi hotel apabila pelbagai caj ditanggung sektor perhotelan menjadikan kos operasinya tinggi, berbanding tawaran menerusi portal dalam talian itu yang tidak perlu membayar cukai dan menanggung kos lain.

Goh berkata, komuniti Airbnb memberi sumbangan signifikan kepada pelanconga­n dan ekonomi Malaysia. Justeru itu, pihaknya mengalu-alukan kerjasama secara berterusan dengan kerajaan dalam usaha memastikan peningkata­n sumbangan kepada industri pelanconga­n dan ekonomi Malaysia pada masa depan.

Beliau berkata, tahun lalu, Airbnb menjana kira-kira RM3 bilion kesan langsung terhadap ekonomi Malaysia, berdasarka­n pendapatan pengusaha dan jangkaan perbelanja­an pelancong, yang memberi kesan kepada keluarga, peniaga kecil dan komuniti setempat.

“Pemilik kediaman yang mengiklank­an unit mereka menerusi Airbnb, memperoleh 97 peratus daripada bayaran kediaman yang disewa.

“Malah berdasarka­n kajian baru-baru ini terhadap lebih 2,000 pemilik tempatan dan pelanggan di Malaysia, sebanyak 45 peratus daripada pelanggan menyumbang perbelanja­an kepada komuniti setempat tempat mereka tinggal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia