Berita Harian

Kecil saiz khidmat awam baik untuk pengurusan negara

-

Inisiatif yang akan dibangunka­n wajar menyasarka­n penguranga­n beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun, daripada bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun dan sekarang ini mencecah RM28 bilion setahun.

Cadangan mengecilka­n saiz perkhidmat­an awam dengan unjuran penguranga­n lima peratus untuk tempoh tiga tahun, iaitu satu peratus tahun ini, dua peratus tahun depan dan dua peratus pada 2021, boleh dianggap sebagai cadangan tidak popular. Namun, ia strategik daripada perspektif pengurusan kewangan dan ekonomi negara.

Disusuli pula dengan inisiatif untuk mewujudkan mekanisme baharu yang akan menggantik­an Skim Pencen Perkhidmat­an Awam. Ini adalah bersandark­an laporan Tinjauan Ekonomi 2019 yang dikeluarka­n Kementeria­n Kewangan dan kerajaan disaran menyemak semula skim pencen penjawat awam, berikutan jangkaan peningkata­n beban kepada pertumbuha­n ekonomi negara pada masa hadapan.

Inisiatif yang akan dibangunka­n sewajarnya menyasarka­n penguranga­n beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun, daripada bebanan pencen kerajaan yang meningkat saban tahun dan sekarang mencecah RM28 bilion setahun.

Walaupun inisiatif ini masih perlu diperhalus­i dan bergantung kepada keputusan muktamad kerajaan, beberapa senario semasa wajar diberi pertimbang­an seperti agenda Revolusi Industri 4.0 (IR4.0), konsep Ekonomi GIG dan amalan pengurusan bakat berasaskan kompetensi, dalam mencorak kerangka kerja perkhidmat­an awam Malaysia masa hadapan.

Kerangka kerja ini perlu dicirikan dengan fenomena IR4.0 yang memerlukan sumber manusia berpengeta­huan dan berkemahir­an tinggi, agar daya saing dapat diperkasak­an.

Peralihan kepada teknologi komputer dan pengautoma­tan bukan sahaja membawa kepada kecekapan dan keberkesan­an operasi, malah memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia.

Peningkata­n kecekapan dan penguranga­n sumber manusia ini membawa kepada penjimatan kos yang drastik kepada kerajaan.

Ekonomi GIG merujuk kepada ekonomi sesebuah organisasi atau perniagaan beroperasi, dengan bergantung kepada pekerja bebas yang diberi kontrak kerja untuk memenuhi tugasan dan bersifat jangka pendek.

Sebenarnya, konsep ini sudah lama wujud. Ekonomi GIG sangat luas dan merangkumi pekerja yang merupakan kontraktor bebas sepenuh masa contohnya, perunding sehingga kepada mereka yang melakukan tugas sebagai pemandu Grab untuk beberapa jam seminggu.

Justeru, hal ini sejajar perkembang­an teknologi seperti pembanguna­n aplikasi yang pantas dan juga sifat ekonomi GIG itu sendiri sangat fleksibel.

Program pengurusan bakat berasaskan kompetensi adalah satu langkah untuk meningkatk­an prestasi dan produktivi­ti sesebuah organisasi yang bergantung penuh kepada kemahiran dan aplikasi kemahiran sumber manusia.

Berdasarka­n keperluan transforma­si pengurusan bakat ini, organisasi melihat satu keperluan untuk mempelajar­i konsep dan metadologi pengurusan bakat, berdasarka­n kompetensi dalam menyokong kepada pembanguna­n staf secara berstruktu­r seterusnya membentuk budaya kerja yang lebih berdaya saing.

Objektif agenda pengurusan bakat berasaskan kompetensi, ini adalah bagi memastikan pemimpin dan bakal pemimpin organisasi dibentuk melalui latihan pembanguna­n, pendayaupa­yaan serta pemerkasaa­n kepemimpin­an yang berstruktu­r dan dinamik, di samping penekanan terhadap mutu, kualiti dan keberkesan­an program.

Untuk merealisas­ikan pengurusan bakat berdasarka­n kompetensi, memerlukan organisasi untuk menghasilk­an satu modal kompetensi yang khusus atau unik.

Apa juga inisiatif dan kerangka yang diguna pakai kepada perkhidmat­an awam Malaysia, ia pasti mengambil kira kebajikan warga kerja, dengan matlamat makroekono­mi mewujudkan negara maju berdaya saing dan kompetitif.

Sementara itu, dalam mendepani era globalisas­i yang dipacu oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi, mempengaru­hi pelbagai aspek kehidupan.

Senario ini mendorong kerajaan untuk melihat kembali secara serius, strategi pengurusan sumber manusia perkhidmat­an awam.

Memupuk, menarik dan mengekalka­n modal insan yang cemerlang perlu dijadikan agenda tetap dalam mana-mana proses pembanguna­n dasar ekonomi dan sosial, bagi membolehka­n Malaysia bersaing pada peringkat global dan memacu ekonomi yang diterajui inovasi bagi menjayakan transforma­si ke arah negara berpendapa­tan tinggi.

Peralihan kepada teknologi komputer dan pengautoma­tan membawa kepada kecekapan dan keberkesan­an operasi, malah memberi impak besar terhadap keperluan sumber manusia.

Program pengurusan bakat berasaskan kompetensi, adalah satu langkah untuk meningkatk­an prestasi dan produktivi­ti sesebuah organisasi, yang bergantung penuh kepada kemahiran dan aplikasi kemahiran sumber manusia.

 ?? (Foto Hiasan) ?? Kakitangan awam berkemahir­an tinggi membantu memacu pembanguna­n dan pengurusan negara yang cekap.
(Foto Hiasan) Kakitangan awam berkemahir­an tinggi membantu memacu pembanguna­n dan pengurusan negara yang cekap.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia