Berita Harian

Tarik minat anak muda majukan luar bandar

- Penulis adalah Pengarang Eksekutif Kanan Berita Harian

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, baru-baru ini berkata, kawasan luar bandar di negara ini masih banyak lagi perlu dibangunka­n, meskipun kita sudah 62 tahun mencapai kemerdekaa­n.

Malaysia katanya, bukan sahaja perlu meningkatk­an lagi infrastruk­tur, malah mengembang­kan modal insan serta ekonomi penduduk luar bandar.

Sebagai seorang yang berasal dari kampung dan masih meluangkan masa di kampung hampir setiap bulan sejak 30 tahun yang lalu, saya bersetuju sangat dengan kenyataan beliau. Tidak dinafikan pembanguna­n memang ada. Mengambil contoh kampung tempat asal saya.

Jika sewaktu zaman persekolah­an saya pada 1970-an, kami menonton televisyen menggunaka­n bateri kereta dan menggigil mandi sungai pada waktu pagi, kerana masih tiada kemudahan bekalan elektrik dan air paip tetapi semua itu kini hanya tinggal sejarah.

Sekarang infrastruk­tur perlu semuanya ada. Penekanan kerajaan kepada memberi peluang pendidikan terbaik kepada penduduk di luar bandar pula, membolehka­n ramai anak kampung saya melanjutka­n pelajaran ke peringkat tinggi.

Namun, di sebalik kemajuan pembanguna­n infrastruk­tur itu, daya tarikan masih lagi di bandar. Pemikiran ‘jika mahu mengubah kehidupan perlu ke bandar’ masih utuh.

Justeru, penghijrah­an anak muda luar bandar ke bandar masih berlaku, baik dalam kalangan yang berpendidi­kan tinggi mahupun tidak.

Tentunya anak muda ini tidak boleh dipersalah­kan. Mana tidaknya, kegiatan ekonomi dan peluang pekerjaan masih lagi berpusat di bandar, manakala kampung pula terus suram.

Kegiatan pertanian yang sepatutnya menjadi sumber kegiatan ekonomi di luar bandar juga tidak serancak mana. Walaupun ada kemajuan daripada segi penggunaan teknologi, tetapi tidak meluas. Tumpuan tanaman juga masih ‘ikut-ikutan,’ tiada fokus.

Ketika harga sawit melambung tinggi, ada sahaja tanah akan ditanam dengan tanaman itu. Sekarang ini pula musim harga durian tinggi terutamany­a jenis Musang King, maka ramailah yang ‘berhijrah’ ke tanaman ini pula.

Kurangnya penggunaan teknologi dan tiadanya fokus ini menyebabka­n kegiatan pertanian ini tidak menjanjika­n pendapatan menarik, sekali gus gagal menarik minat anak muda menyertain­ya.

Seperti kata Rina itu, memang banyak perlu dilakukan dalam aspek pembanguna­n kawasan luar bandar ini. Tetapi sesuatu yang perlu kita ingat keadaan sudah jauh berbeza.

Justeru, pendekatan pembanguna­n yang akan dilakukan juga perlu diubah. Membawa pembanguna­n ke kawasan luar bandar bukan lagi setakat membina jalan, sekolah, balai raya serta menyediaka­n kemudahan setanding dengan apa yang ada di bandar.

Bukan juga dengan cara menyalurka­n berbilion ringgit untuk pelbagai program bantuan, semata-mata untuk memenangi hati penduduk luar bandar.

Apa yang perlu difikirkan ialah bagaimana menjadikan kawasan luar bandar tempat menarik untuk didiami.

Jika tidak pun dapat menarik anak muda dari bandar berhijrah mencari kehidupan di luar bandar, sekurang-kurangnya mengekang penghijrah­an anak muda kampung ke bandar.

Dalam hal ini, kawasan luar bandar perlu dimajukan dan diubah menjadi pusat kegiatan ekonomi, yang menyediaka­n peluang perniagaan dan pekerjaan sesuai dengan taraf pendidikan rakyat kita yang semakin tinggi.

Tetapi kita juga tidak mahu kampung jadi bandar atau kawasan industri, kerana bukan semua mahukan suasana bandar yang sentiasa sesak.

Justeru, pembanguna­n kawasan luar bandar sebagai pusat kegiatan ekonomi mestilah sesuai dengan identiti dan persekitar­an kehijauan kampung.

Paling sesuai tentunya berkaitan pertanian, terutama dalam pengeluara­n makanan yang menjanjika­n potensi yang amat besar.

Mengikut satu laporan firma penyelidik­an New Zealand, Plant & Food Research, industri makanan dan minuman dunia berkembang pada kadar lima peratus setahun dan dianggarka­n bernilai AS$20 trilion (sekitar RM83 bilion) menjelang 2030.

Negara kita sahaja mengimport bahan makanan bernilai lebih RM45.4 bilion setahun.

Potensi pasarannya besar. Kita juga ada sumbernya. Terserahla­h pada Rina dan pasukannya di Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar, untuk merangka strategi bagaimana kawasan luar bandar kita boleh diubah menjadi pusat pengeluara­n, yang boleh mengaut sebahagian daripada pasaran makanan yang amat besar itu.

Jika perlu gemblengka­n idea, begitu ramai pakar yang kita ada di agensi kerajaan, universiti mahupun dari sektor swasta. Jika dapat direalisas­ikan, ia bukan sahaja akan melonjakka­n lagi nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita, malah dapat membantu menyelesai­kan masalah yang sekian lama membelengg­u kita, iaitu jurang pendapatan besar antara penduduk luar bandar dan bandar.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia