Berita Harian

44 pasangan mempelai kahwin serentak

-

Shah Alam: Seramai 44 pasangan melangsung­kan pernikahan menerusi program perkahwina­n beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam, termasuk sepasang suami isteri yang pernah berpisah.

Shamsuddin Kasdi, 57, dari Tanjong Karang dan Mawarniza Tukiman, 51, dari Sekinchan membuat keputusan kembali bersama, selepas 13 tahun mengambil keputusan mengakhiri ikatan perkahwina­n.

Pasangan itu berkahwin pada 2001 dan dikurniaka­n sepasang cahaya mata, Khairul Haqim, 17, dan Khaireen Husna, 15, sebelum berpisah pada 2006.

Bagaimanap­un, Allah menentukan jodoh mereka kali kedua apabila dinikahkan sekali lagi di Masjid Puncak Alam, semalam.

“Kami sudah lama berniat untuk berkahwin semula dan Alhamdulil­lah, kami disatukan kembali hari ini (semalam).

“Keputusan bernikah semula dibuat selepas menyedari kami masih saling menyayangi dan berharap perkahwina­n ini berkekalan hingga ke akhir hayat,” kata pasangan yang ditemui selepas Majlis Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Keberkatan Ilahi Zon 2 Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan dan Pengerusi Lembaga Tadbir Masjid Puncak Alam, Tan Sri Rozali Ismail.

P asangan Danial Ashraff Mohd Sabri, 22, dan Siti Nur Zulaikha Zefri, 20, antara mempelai termuda menyertai majlis berkenaan.

Danial Ashraff berkata, mereka berkawan sejak dua tahun lalu dan keputusan berkahwin pada usia muda dibuat bagi mengelak fitnah.

“Program anjuran JAIS ini adalah platform baik bagi pasangan kurang berkemampu­an.

“Kami dapat tahu mengenai program ini selepas menyertai kursus perkahwina­n awal tahun ini dan memaklumka­n kepada keluarga,” katanya.

Program berkenaan meletak sasaran kepada pasangan kurang berkemampu­an dan berpendapa­tan RM2,000 ke bawah.

Pasangan yang menyertai program hanya perlu membayar RM1,000 kepada JAIS dan semua kelengkapa­n seperti pakaian, termasuk jamuan untuk ahli keluarga disediakan.

 ?? (Foto Saddam Yusoff/bh) ?? 44 pasangan melangsung­kan pernikahan menerusi program perkahwina­n beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam, semalam.
(Foto Saddam Yusoff/bh) 44 pasangan melangsung­kan pernikahan menerusi program perkahwina­n beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia