Berita Harian

PLB talian hayat ketika kecemasan

-

Setiap kali merancang ekspedisi mendaki gunung, berkhemah di hutan atau memancing di laut, perkara yang kerap diutamakan ialah bekalan makanan, peralatan dan kelengkapa­n keselamata­n.

Berapa ramaikah yang pernah terfikir untuk membawa ‘talian hayat’ yang sebenarnya cukup penting untuk berhubung dengan pihak berkuasa jika berlaku kecemasan.

Ada mengatakan cukup sekadar membawa telefon pintar kerana kita akan mampu berhubung di seluruh pelusuk dunia, tetapi berapa luas kawasan liputannya?

Apa akan berlaku jika langsung tiada liputan rangkaian telefon? Di pinggir bandar yang berbukit pun sudah berlaku gangguan liputan, apatah lagi di kawasan gunung.

Sebab itulah, pasukan mencari dan menyelamat kerap dilaporkan mengambil masa agak lama untuk mengesan mangsa yang tersesat di hutan atau hanyut di laut.

Ini semua kerana mereka tidak ada maklumat kedudukan yang tepat untuk melakukan tindakan pantas dan terpaksa mengerahka­n segala aset untuk mencari dalam kawasan sasaran yang luas.

Insiden orang hilang di hutan di Negeri Sembilan serta kes di, Gua Tempurung, Perak dan kes dua pelancong Singapura hilang ketika berkayak, baru-baru ini, adalah antara bukti betapa pentingnya penggunaan alat pengesan lokasi individu atau Personal Locator Beacon (PLB) dalam membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

Alat PLB ini menggunaka­n sistem teknologi satelit terkini iaitu Cospas-sarsat, sebuah sistem SAR berasaskan satelit yang mengesan `distress alert’ berfrekuen­si 406 MHZ daripada ‘beacon’ yang teraktif.

Isyarat kecemasan yang dihantar itu membolehka­n pasukan SAR menentukan lokasi kecemasan secara tepat yang akan menentukan tempoh bertindak.

PLB atau alat peranti kecemasan cukup mudah dibawa bersama peminat sukan lasak dan mudah untuk dikendalik­an, iaitu dengan hanya menekan butang kecemasan khas pada alat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia