Berita Harian

Raja buah gamit pelancong

-

Sekali rasa, pasti hendak lagi. Itulah penangan durian ‘Durio zibethinus Linn’ si raja buah ini yang kini menjadi ikon buah-buahan tempatan.

Jika dahulu bau isi durian dikatakan busuk dan meloyakan, tetapi kini sudah boleh diterima pelancong memandangk­an isinya yang enak serta mempunyai pelbagai spesies.

Malah ada yang mengatakan buah durian ‘rasa macam syurga, bau umpama negara’. Benar atau tidak, ia adalah subjektif kepada seseorang tetapi tidak kepada si penggemar ‘tegar’ durian.

Kini terdapat 204 spesies durian ditanam di negara ini, antaranya ialah Durian Raja Kunyit (D197) atau Musang King, D24, Hajah Hasmah atau IOI (D168), Udang Merah (D175), Hor Lor, Thau Hung, Golden Phoenix, D13, D162, Duri Hitam (D200) dan banyak lagi, mendapat tempat di hati penggemar raja buah ini.

Menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020), kerajaan sudah mengisytih­arkan pakej pelanconga­n lengkap pengisian yang menarik termasuk makan durian di dusun buah-buahan.

Ini termasuk ke Raub, yang diisytihar sebagai ‘Bandar Durian Musang King’, begitu juga Bentong di Pahang.

Begitu juga Segamat, Kluang dan Kulai di Johor; Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Batu Kurau dan Batu Gajah di Perak; Balik Pulau di Pulau Pinang dan Melaka. Lokasi di sekitar dua jam perjalanan dari lapangan terbang antarabang­sa berpotensi besar untuk dikunjungi pelancong yang berhasrat menikmati durian segar.

Selain itu, pelancong turut menikmati buah-buahan tropika lain seperti langsat, duku, dokong, nangka, cempedak, manggis dan rambutan, sudah pasti membuatkan mereka teruja untuk masuk serta memetiknya sendiri.

Umpama pakej pelanconga­n kembali ke alam semula jadi, pelancong dapat menikmati udara segar di dusun-dusun yang terdapat di negara ini.

Sehingga 2018, seluas 73,740 hektar ditanam pelbagai spesies durian berkualiti untuk dimakan isinya atau diproses menjadi produk hiliran seperti ais krim, piza, mochi, lempuk, dodol, crepe dan cream puff.

Bagi pelanconga­n durian, pengunjung berkesempa­tan masuk ke dusun, mengutip buah-buahan, berehat sambil menikmatin­ya. Ditambah pula suasana yang nyaman dan udara segar menyebabka­n pengunjung tidak mahu berganjak untuk meninggalk­annya.

Penulis sempat singgah di dusun Tanah Aina Raub bagi menikmati suasana dingin dusun sambil makan durian Musang King, D24 dan durian kampung bersama kakitangan Jabatan Pertanian berserta pengamal media yang lain.

Sambil menikmati juadah makan tengah hari, kami dihidangka­n pelbagai jenis durian yang menjadi idaman penggemar raja buah itu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia