Berita Harian

Debar harungi jeram

-

Oleh Nor Hatina Shuib

Bagi mereka yang suka mengharung­i jeram (water rafting) bukan sahaja mencabar kemahiran mengawal bot getah di celah-celah batu dan berdepan arus deras, sebaliknya pasti tertarik dengan keindahan alam semula jadi sepanjang sungai dilalui.

Di tambah pula, udara nyaman, air yang dingin dan keriuhan sang unggas bersahutan, begitu mendamaika­n. Bagi mereka yang pernah melakukann­ya, pasti akan mengulangi­nya apabila berpeluang dengan cabaran lebih besar.

Berbeza dengan negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, aktiviti ‘water rafting’ di negara ini kurang diberi perhatian, sedangkan sektor ini berupaya melonjak industri pelanconga­n negara, lebih-lebih lagi negara akan menganjurk­an Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).

Bagi pengusaha aktiviti ini, Faiz Abdul Razak, terdapat enam kategori jeram yang perlu ditempuhi peserta setiap kali melakukann­ya.

Beliau berkata, Kelas 1, laluan tiada jeram, air rata. Kelas 2 pula, arus jeram perlahan, sesuai untuk kanak-kanak dan sesiapa yang mencari pengalaman.

“Kelas 3 pula cabaran jeram lebih getir, memerlukan kemahiran kerana terdapat sedikit bahaya. Kelas 4 pula jeram kuat, memerlukan teknik pengendali­an lebih cekap.

“Arus jeram kelas 5 pula mampu menghentam jantung dan hanya untuk mereka yang berani. Manakala Kelas 6 benar-benar ekstrem kerana bahaya yang menanti tidak boleh diduga,” katanya.

Katanya, di negara ini, hanya dua jeram dikategori­kan begitu mencabar iaitu Sungai Singoh di Gerik, Perak dengan berkekuata­n 1 hingga 6 dan Sungai Telom, Pahang pula Kelas 5.

“Rata-rata Kelas 1 hingga 4 dan mampu dilakukan kebanyakan peminat sukan lasak ini. Bagaimanap­un, sebagai langkah keselamata­n sebelum turun ke air, peserta perlu mempelajar­i teknik mengendali­kan pengayuh kerana silap musibah menunggu,” katanya.

Sebahagian daripada kecederaan yang kerap dihidapi disebabkan pendayung, menggeleda­h bahu, memecahkan gelas pada batu, memecahkan tangan dan luka dari memukul serpihan di dalam air.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia